1jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pemberian potongan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan penerbitan Sukuk Prisma yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau diserah simpan dengan SC bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan agar galakan cukai bagi Pelabur Mangkin (Angel Investor) dilanjutkan empat tahun lagi untuk terus menarik minat pelabur bagi menyediakan pendanaan modal kepada syarikat pemula niaga teknologi.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan peremitan duti setem bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah Skim CAKNA dilanjutkan dan diperkenalkan semula.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi gaya hidup dicadangkan diperluas meliputi perbelanjaan penjagaan haiwan peliharaan, termasuk pemvaksinan dan rawatan pemandulan oleh perkhidmatan veterinar berdaftar.
5jam ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lepas, selain tiada perjanjian dicapai dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
5jam ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Langkah pelanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan selama 10 tahun lagi dapat menggalakkan lebih banyak syarikat berkenaan mendaftarkan kapal masing-masing di Malaysia berbanding di negara lain yang menawarkan insentif cukai.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memperkukuh daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama melalui usaha meringankan beban kos sara hidup, meningkatkan gaji dan memperluas peluang.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdagangan luar Malaysia kekal berdaya tahan pada separuh pertama 2026, dengan jumlah perdagangan meningkat 22.4 peratus kepada RM1.795 trilion, tetapi negara perlu memperkukuh rantaian bekalan dan mempelbagaikan pasaran eksport serta sumber import.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia melaksanakan 13 inisiatif sepanjang lapan bulan pertama 2026, bagi meningkatkan tahap mudah tunai dan kecekapan pasaran modal Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 4.7 peratus kepada RM380.8 bilion pada 2027, didorong terutamanya oleh peningkatan hasil cukai, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kelewatan pelaksanaan antara pelaburan yang diluluskan dengan pelaksanaan fizikal projek menimbulkan risiko struktur terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.2 peratus dan 5.2 peratus pada 2027 berbanding 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang mampan, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang kukuh, menurut Kementerian Kewangan (MoF).