BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh jangkaan peningkatan harga dikongsi oleh penganalisis terkemuka pada persidangan minyak sawit di Indonesia minggu ini, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Jumaat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) mencatatkan peningkatan.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat, apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meneruskan momentum meningkatnya disokong oleh prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas sentimen pasaran terus dijejaskan oleh lonjakan dalam bekalan getah bermusim di Thailand dan permintaan tayar yang lemah di China, menurut seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini didorong oleh sentimen dagangan yang berhati-hati, sejajar dengan aliran penurunan di kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Isu Nvidia Jejas Sentimen Di Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan Wall Street semalaman susulan kebimbangan yang meningkat berhubung krisis kepimpinan Nvidia.

Ringgit Meningkat Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis disokong disebabkan oleh aktiviti belian semasa harga murah serta kenaikan dalam kontrak niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah Menjejaki COMEX

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis menjejaki penurunan pada Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Tekanan Jualan Meluas, Berterusan Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk sesi keempat berturut-turut, ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan yang berterusan merentasi pelbagai sektor sehingga menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.