BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Cadangan Potongan Cukai Pendapatan Bagi Kos Penerbitan Sukuk Prisma

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pemberian potongan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan penerbitan Sukuk Prisma yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau diserah simpan dengan SC bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.

Dalam dokumen langkah cukai Belanjawan 2027, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan langkah itu bertujuan meneruskan pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan sukuk global melalui penyediaan kemudahan pembiayaan patuh syariah berkonsepkan kelestarian yang inovatif.

Menurut MoF, pihak SC akan memperkenalkan Sukuk Prisma yang bertujuan memperluaskan penggunaan pasaran modal untuk menarik pelaburan berkonsepkan kelestarian mulai 2027.

Ad Banner

“SC menyasarkan pelaburan sehingga RM100 bilion dalam tempoh lima tahun bagi membiayai projek mampan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Antaranya dalam aspek adaptasi perubahan iklim, keselamatan air dan makanan, daya tahan biodiversiti dan ekonomi biru,” maklum kementerian itu.

Pada masa ini, SC mempunyai rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) yang membolehkan pengumpulan dana oleh syarikat bagi meningkatkan amalan kemampanan dan menyokong peralihan kepada aktiviti rendah karbon.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Potongan cukai pendapatan ke atas kos penerbitan Sukuk SRI yang diperkenalkan mulai tahun taksiran 2016 kekal berkuat kuasa sehingga tahun taksiran 2027.

-- BERNAMA