Ad Banner
Ad Banner

Korporat : Tenaga

Wasco Greenergy Pasang, Tauliah Sistem Tenaga Stim Biojisim Di Kilang Kertas Kajang

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Penyedia sistem tenaga boleh baharu (TBB), Wasco Greenergy Bhd, berjaya melakukan pemasangan dan mentauliahkan sistem tenaga stim biojisim di sebuah fasiliti rintis pembuatan kertas di Kajang, Selangor.

Harga Minyak Mentah Global Naik Mendadak Susulan UAE Keluar OPEC, OPEC+

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global meningkat mendadak berikutan pengumuman bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.

Unit Petra Energy Raih Kontrak Operasi Medan Minyak Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 24 April  (Bernama) -- Petra Energy Bhd (PEB), melalui anak syarikat milik penuhnya, Petra Energy Development Sdn Bhd (PEDSB), meraih kontrak perkhidmatan pengurusan operasi medan daripada Vestigo Petroleum Sdn Bhd bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) SK407 di Miri.

AmBank Sedia Pembiayaan RM102.40 Juta Untuk Gajahsuria Power Bagi Projek Solar Di Perak

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kumpulan AmBank telah meluluskan kemudahan pembiayaan berjumlah RM102.40 juta kepada Gajahsuria Power Sdn Bhd (GSP) bagi menyokong pembangunan projek Solar Berskala Besar 5 (LSS5) berkapasiti 29.99 megawatt arus ulang alik (MWac) di Kampung Gajah, Perak.

Kerosakan Kemudahan Tenaga Akibat Konflik Asia Barat Boleh Cecah US$58 Bilion -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kos pembaikan dan pemulihan bagi infrastruktur berkaitan tenaga susulan konflik di Asia Barat boleh mencecah US$58 billion (US$1 = RM3.96), dengan jumlah bagi kemudahan minyak dan gas berpotensi meningkat sehingga US$50 billion, kata syarikat penyelidikan bebas dan perisikan tenaga, Rystad Energy.

Malaysia, Thailand Amal Strategi Berbeza Subsidi Bahan Api Susulan Ketidaktentuan Harga Minyak Global

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Malaysia dan Thailand mengamalkan pendekatan yang berbeza secara asas dalam pengurusan subsidi bahan api, mencerminkan perbezaan keutamaan dasar serta strategi kedua-dua negara dalam mengimbangi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan harga minyak global.

Unit Petra Energy Peroleh Kontrak Petronas Carigali Bernilai RM298 Juta Di Bintulu

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Anak syarikat Petra Energy Bhd, Petra Resources Sdn Bhd memperoleh empat arahan kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Harga Diesel Global Naik Susulan Kekangan Bekalan, Permintaan Yang Kukuh - Rystad Energy  

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.

Harga Minyak Global Boleh Melonjak Lebih Tinggi Jika Konflik Di Asia Barat Terus Meruncing

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Harga minyak global berkemungkinan kekal tinggi sekiranya konflik di Asia Barat terus meruncing tanpa sebarang gencatan senjata, menurut syarikat perisikan perniagaan dan penyelidikan tenaga bebas Rystad Energy, hari ini.

Keuntungan Bersih Vantris Energy Melonjak Kepada RM3.73 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Vantris Energy Bhd melonjak kepada RM3.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (TK2026), berbanding RM189.53 juta pada TK2025.

Serangan Iran Bakal Tingkat Harga Minyak US$120 Setong, Asia Paling Terkesan -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh mencecah US$120 (US$1=RM3.93) setong jika pihak berkuasa Iran meneruskan ancaman mereka untuk menyerang lima kemudahan di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.

Penutupan Selat Hormuz Dorong Inventori Minyak Teluk Hampiri Paras Maksimum

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penutupan berterusan Selat Hormuz susulan peningkatan ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyebabkan inventori minyak negara Teluk menghampiri paras kapasiti maksimum, sekali gus menimbulkan cabaran operasi besar kepada loji penapisan di rantau itu.