10jam lalu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menekankan bahawa transformasi digital mesti disertai dengan daya tahan digital susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di peringkat global.
12jam lalu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) menawarkan Bantuan Pemulihan Banjir merangkumi pilihan penangguhan pembayaran (moratorium) sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman, pengecualian yuran dan caj bagi pelanggan serta perniagaan yang terjejas akibat banjir.
13jam lalu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Harga bahan api jet yang lebih tinggi mungkin menjadi norma baharu untuk industri penerbangan apabila syarikat penerbangan mula bergelut dengan persekitaran lonjakan kos operasi, yang berpotensi membawa kepada tambang dan surcaj bahan api yang lebih mahal, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).
13jam lalu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Zetrix AI Bhd telah mencadangkan untuk mengasingkan semua kutipan masa depan dan membuat beberapa pembayaran sekali gus dalam tempoh masa yang singkat bagi menyelesaikan jumlah tertunggak kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
14jam lalu
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah dalam persekitaran kekurangan minat belian, mencerminkan sentimen berhati-hati yang berterusan, kata penganalisis.
14jam lalu
PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Wilayah Kagoshima, Jepun berhasrat memperkukuh kerjasama perdagangan dalam sektor pertanian dan agromakanan termasuk meningkatkan akses pasaran produk kedua-dua pihak.
15jam lalu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Anak syarikat milik penuh BCB Bhd (BCB), iaitu Banang Central Development Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Indah Corporation Bhd bagi memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Batu Pahat, Johor pada harga RM36.17 juta.
15jam lalu
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Saham-saham Kecerdasan buatan (AI) dan teknologi di Bursa Malaysia kekal berdaya tahan pada awal dagangan hari ini, mengetepikan kebimbangan mengenai ketidaktentuan kepimpinan di syarikat pembuat cip, Nvidia Amerika Syarikat (AS).
15jam lalu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI), Bank of Thailand (BOT) dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama di bawah Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (LCT).
15jam lalu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Boeing, pengeluar pesawat global mengunjurkan permintaan terhadap pesawat di Asia Tenggara mencecah hampir 5,000 unit menjelang 2045.
16jam lalu
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Sebelum berakhirnya tahun 2026, seorang penduduk Kuala Lumpur boleh berkunjung ke Kota Bharu (KB) untuk menikmati nasi kerabu Kelantan pada waktu makan tengah hari dan kembali semula ke Kuala Lumpur (KL) untuk makan malam di restoran mamak.
16jam lalu
GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang kini menempatkan lebih 30 syarikat dalam sektor peralatan ujian automatik (ATE) dan daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan jumlah permodalan pasaran terkumpul kira-kira RM40 bilion.