BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Belanjawan 2027: Kerajaan Cadang Peremitan Duti Setem Bagi Pembiayaan Cakna, P2P

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan peremitan duti setem bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah Skim CAKNA dilanjutkan dan diperkenalkan semula.

Cadangan itu bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil mendapatkan pembiayaan bagi pelaksanaan kontrak kerajaan.

Dalam dokumen Langkah Cukai Belanjawan 2027, Kementerian Kewangan (MoF) memberitahu peremitan duti setem yang melebihi RM10 bagi Skim CAKNA I dicadangkan dilanjutkan selama dua tahun mulai 1 Jan, 2029 hingga 31 Dis, 2030.

Ad Banner

Bagi Skim CAKNA II, peremitan itu dicadang diperkenalkan semula bagi perjanjian yang disempurnakan mulai 1 Jan, 2027 hingga 31 Dis, 2030.

“CAKNA I membantu PMKS mendapatkan bayaran lebih awal bagi kontrak kerajaan yang telah disempurnakan manakala CAKNA II membantu kontraktor kecil membiayai kontrak kerajaan bernilai sehingga RM1.5 juta,” jelasnya.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan peremitan duti setem yang melebihi RM10 bagi perjanjian pembiayaan melalui platform antara rakan setara (P2P) di antara PMKS dengan pelabur mulai 1 Jan, 2027 hingga 31 Dis, 2030.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pembiayaan P2P membolehkan PMKS meningkatkan modal perniagaan melalui pinjaman daripada pelabur menerusi platform berkenaan.

“Pada masa ini, pengecualian duti setem 100 peratus diberikan bagi perjanjian pembiayaan P2P melalui platform berdaftar dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sehingga 31 Dis, 2026,” menurutnya.

-- BERNAMA