6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerjasama antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dengan Alibaba.com penting untuk membantu perniagaan tempatan menembusi pasaran global, khususnya industri halal, menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan platform perdagangan digital.
11hari ago
KANGAR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan mencecah RM430.20 juta (US$108 juta) bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sekali gus mencerminkan potensi besar untuk memperluas kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pahang bersedia menjadikan negeri itu sebagai hab halal utama di Semenanjung Malaysia menerusi cadangan penjenamaan Pelabuhan Kuantan sebagai Pelabuhan Mesra Halal dengan memanfaatkan integrasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
26hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pakistan merancang membawa syarikat swasta daripada sektor tekstil dan perbankan Islam untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2027.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 merekodkan potensi jualan RM5.5 bilion setakat hari keempat penganjurannya, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM6 bilion menjelang akhir pameran.
27hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Uzbekistan melihat Malaysia sebagai ‘guru yang baik’, memandangkan negara di Asia Tengah itu sedang mengambil langkah untuk memperkukuhkan sistem pensijilan halal dan membangunkan ekosistem halal yang lebih menyeluruh.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia mengumumkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia sebagai usaha memperkukuh diplomasi halal antara kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Thailand perlu memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam industri halal dan getah untuk mewujudkan peluang bernilai tinggi selain perdagangan dua hala dan berkembang ke pasaran ASEAN dan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
28hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kecerdasan buatan (AI) boleh membantu menjadikan pensijilan halal lebih pantas dan cekap, namun pemeriksa manusia kekal penting untuk mengesahkan bahan dan proses pengeluaran terutamanya bagi produk yang mempunyai pelbagai formulasi, kata pegawai perdagangan Indonesia hari ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu beralih daripada peranan sebagai penanda aras industri halal, dengan melaksanakan tugas lebih besar sebagai pihak yang membentuk pasaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
28hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bangladesh mahu memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam pensijilan halal dan piawaian pengawalseliaan bagi memperkukuh ekosistem halalnya serta memperluas eksport produk halal ke pasaran Asia Tenggara.