1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Nilai kerja pembinaan yang disiapkan dalam sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, sekali gus mengekalkan momentum pertumbuhannya yang stabil selepas kenaikan 8.5 peratus pada suku pertama 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- FatHopes Energy memeterai kerjasama strategik dengan PetroVietnam Oil (PVOIL) untuk mewujudkan ekosistem pengumpulan minyak masak terpakai (UCO) pertama di Vietnam, melambangkan pencapaian penting bagi peralihan tenaga bersih di Asia Tenggara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dan kemudiannya menyusut berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan semalam walaupun Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi dalam tempoh semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- QuantumNexis Sdn Bhd menyediakan penilaian kesihatan mental kepada pengguna melalui MindCare by Ziloy, yang boleh diakses menerusi aplikasi tunggal dalam TNG Digital, dengan lebih 26 juta pengguna di Malaysia.
1bulan ago
Oleh Ahmad Erwan Othman
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan siasatan sedia ada oleh pihak berkuasa sudah memadai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binasat Communications Bhd, iaitu Binasat Digital Sdn Bhd (BDSB), akan menerima RM32.19 juta daripada Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd (CASB) berikutan penamatan penamatan bersama perjanjian jual beli (SPA) untuk Empire City.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keadaan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara keseluruhannya kekal kondusif, dengan bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) terus menyediakan pembiayaan kepada perniagaan yang berdaya maju.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Hong Kong (InvestHK) hari ini memperbaharui memorandum persefahaman (MoU), dengan menetapkan hala tuju bersama bagi meneroka peluang pelaburan baharu di seluruh ASEAN, Greater Bay Area dan tanah besar China.