BERITA TERKINI   APMM akan terima tiga lagi helikopter AW189 pada Disember ini - Saifuddin Nasution | APMM dijangka terima sebuah kapal induk pada suku pertama tahun hadapan - Saifuddin Nasution | Nilai kerja sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, didorong aktiviti pertukangan khas, bangunan bukan kediaman - DOSM | Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026 - DOSM | Tujuh suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung Laporan RCI Lembaga Tabung Haji - Ketua Pesuruhjaya SPRM | 

FatHopes Energy, PVOILBekerjasama Bina Ekosistem UCO Pertama Di Vietnam

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- FatHopes Energy memeterai kerjasama strategik dengan PetroVietnam Oil (PVOIL) untuk mewujudkan ekosistem pengumpulan minyak masak terpakai (UCO) pertama di Vietnam, melambangkan pencapaian penting bagi peralihan tenaga bersih di Asia Tenggara.

FatHopes Energy ialah perintis di Malaysia dalam penyelesaian bahan suapan berasaskan sisa untuk Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

Menurut FatHopes Energy dalam kenyataan hari ini, kedua-dua organisasi itu akan mewujudkan ekosistem bersepadu yang mampu mengumpul, mengesan dan mengurus minyak masak terpakai di seluruh Vietnam.

Ad Banner

Kerjasama itu menjadi asas kepada ekonomi kitaran baharu yang menukar minyak masak terpakai daripada isi rumah, restoran, dapur perindustrian, kilang pemprosesan makanan laut dan sumber seumpamanya kepada bahan suapan boleh baharu yang diperakui untuk SAF dan biobahan api termaju lain.

“Kerjasama ini dijangka memacu peralihan Vietnam ke arah tenaga bersih.

“Ia turut menggabungkan kepakaran FatHopes Energy yang terbukti dalam operasi pengumpulan UCO, teknologi kebolehkesanan digital dan pembangunan rantaian bekalan bahan suapan global dengan rangkaian operasi PVOIL di seluruh negara, merangkumi kira-kira 1,000 stesen minyak,” menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Inisiatif ini akan bermula dengan pelaksanaan awal di Ho Chi Minh City sebelum diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.

FatHopes Energy akan memindahkan kepakaran operasi, metodologi pengumpulan dan amalan terbaik antarabangsa yang dibangunkan di seluruh Asia Tenggara, membolehkan PVOIL membina ekosistem pengumpulan yang kukuh dan cekap di seluruh negara bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk bahan suapan mampan.

Kerjasama ini juga akan memudahkan pengumpulan lebih 200,000 tan bahan suapan setiap tahun di Vietnam untuk dieksport kepada FatHopes Energy.

“Kerjasama ini akan menyokong kilang penapisan FatHopes Energy yang akan datang, dijangka menjadi hab serantau untuk memproses bahan suapan berasaskan sisa kepada SAF, menyediakan penyelesaian sedia guna kepada rantau ini bagi memacu penyahkarbonan sektor penerbangan,” menurutnya.

-- BERNAMA