BERITA TERKINI   Kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap pelarian yang mengancam keselamatan dan menimbulkan keresahan penduduk tempatan - PM Anwar | PM Anwar arah pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap pelarian tanpa permit ganggu ketenteraman awam, langgar undang-undang | Dewan Negara lulus RUU Persaingan (Pindaan) 2026 | Pemimpin JPKK digesa laksana tanggungjawab penuh integriti, perjelas peranan kerajaan - Anwar | Kerajaan teliti cadangan perkenal Tiket MADANI F1, beri peluang orang ramai saksikan perlumbaan- PM Anwar | 

Terdapat 942 berita berdasarkan kata kunci carian "f"

Dana Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Diguna Lunas Hutang 1MDB, SRC - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa penggunaan dana Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset dibuat selaras dengan Arahan Amanah yang diluluskan dan hanya bagi tujuan yang dibenarkan, termasuk menampung kos operasi serta melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Pelaksanaan BDR Jimat 4.05 Juta Liter Petrol, Kurangkan RM7.31 Juta Subsidi - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Susulan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) membabitkan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, sebanyak 4.05 juta liter petrol telah dijimatkan sekali gus menghasilkan penjimatan perbelanjaan subsidi berjumlah RM7.31 juta setakat 14 Julai 2026.

KWAN Perlu Gambarkan Seluruh Kekayaan Sumber Asli Malaysia - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang diluluskan di Parlimen hari ini, menekankan komitmen Malaysia untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

Niaga Hadapan MSM Kembali Meningkat Susulan Kenaikan Harga Minyak Soya CBOT

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, dipacu oleh pengukuhan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

AirBorneo Umum Pelarasan Sementara Kepada Frekuensi Penerbangan Terpilih

KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways Sdn Bhd hari ini mengumumkan pelarasan sementara kepada kekerapan penerbangan ke atas sebilangan kecil laluan terpilih merentasi rangkaiannya, berkuat kuasa 6 Julai hingga 24 Okt, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan armada serta mengukuhkan prestasi jadual.

Melaka Sasar Pelaburan Semikonduktor Bernilai Tinggi Generasi Baharu

MELAKA, 16 Julai (Bernama) -- Melaka terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara hab semikonduktor dan pembuatan termaju terkemuka Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem perindustrian yang kukuh, tenaga kerja berkemahiran serta lokasi strategik bagi menarik pelaburan bernilai tinggi generasi baharu.

Stok Petroleum : Malaysia Perlu Laksanakan Pendekatan Fiskal Berhemat, Berperingkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Hasrat Malaysia mewujudkan stok simpanan petroleum negara perlu berlandaskan pendekatan fiskal berhemat dan dilaksanakan secara berperingkat, kata ahli ekonomi.

Malaysia Pelabur Asing Kelima Terbesar Di Indonesia Pada Suku Kedua 2026

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Malaysia merupakan sumber pelaburan asing kelima terbesar di Indonesia pada suku kedua 2026, dengan menyumbang US$700 juta (US$1 = RM4.065), manakala keseluruhan pelaburan direalisasi Indonesia berjumlah Rp511.8 trilion (Rp1 juta = RM225).

Ringgit Mengukuh Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah AS Semakin Reda

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh data inflasi AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan unjuran bahawa kenaikan kadar faedah AS akan berlaku dalam tempoh terdekat semakin reda.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan permintaan berterusan terhadap aset selamat walaupun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) menyusut.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Pembelian Menyeluruh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis, didorong pembelian menyeluruh merentas pelbagai sektor.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.