BERITA TERKINI   Piala FA Perak FA 0-1 KL City | Seorang bekas menteri ditahan bagi bantu siasatan isu Tabung Haji, dijangka direman esok - SPRM | Piala FA: UM Damansara United 1-4 JDT | KPK harap Belanjawan 2027 tumpu perkukuh sektor agrikomoditi, khususnya tingkatkan pendapatan pekebun kecil dan daya saing industri - Noraini | SPR perlu siapkan kajian semula persempadanan Sarawak dalam tempoh tidak melebihi dua tahun | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Di Sebalik Sentimen Lemah Global

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa di sebalik aktiviti jualan meluas berikutan sentimen global yang lebih lemah menjejaskan minat risiko pelabur.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 25.34 mata atau 1.47 peratus kepada 1,700.54 daripada paras penutup 1,725.88 pada Jumaat minggu lepas.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah tinggi 1.61 mata kepada 1,727.49, dan turun naik antara paras 1,697.83 dan 1,729.17 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 956 berbanding 349, manakala 443 kaunter tidak berubah, 1,033 tidak diniagakan dan 24 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5.52 bilion unit bernilai RM4.42 bilion daripada 5.06 bilion unit bernilai RM6.51 bilion pada Jumaat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata tekanan jualan berlaku secara menyeluruh apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati dalam persekitaran ketidakpastian luaran yang memuncak.

“Pasaran serantau kebanyakannya ditutup rendah kerana pelabur terus berhati-hati terhadap prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong berkata kelemahan semasa sebahagian besar didorong oleh ketidaktentuan dan kedudukan turun naik global berbanding sebarang kemerosotan dalam asas domestik.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 12 sen kepada RM10.56, Public Bank berkurangan empat sen kepada RM4.91, CIMB Group merosot 11 sen kepada RM7.85, Tenaga Nasional turun 38 sen kepada RM13.76, dan IHH Healthcare menguncup 10 sen kepada RM8.15.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI merosot tiga sen kepada 26.5 sen, Excel Force MSC naik 4.5 sen kepada 13.5 sen, HHRG menambah 2.5 sen kepada 15.5 sen, manakala Land & General dan Tanco both jatuh setengah sen masing-masing kepada 18.5 sen dan 18 sen.

Antara saham paling untung, Hengyuan Refining melonjak 58 sen kepada RM2.53, Dutch Lady Milk Industries naik 40 sen kepada RM31.78, BLD Plantation meningkat 24 sen kepada RM15.00, Sarawak Oil Palms menambah 21 sen kepada RM5.56, dan Hong Leong Bank menokok 20 sen kepada RM23.70.

Bagi saham paling rugi pula, Malaysian Pacific Industries susut RM1.30 kepada RM40.26, Nestle merosot 60 sen kepada RM99.50, Kelington Group jatuh 36 sen kepada RM8.84, manakala RHB Bank dan UWC berkurangan 34 sen maisng-masing kepada RM8.34 dan RM6.56.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 159.62 mata kepada 12,605.01, Indeks FBMT 100 berkurangan 161.01 mata kepada 12,413.84, Indeks FBM Emas Syariah merosot 160.10 mata kepada 12,391.98, Indeks FBM 70 turun 139.40 mata kepada 17,916.49 dan Indeks FBM ACE menguncup 62.90 mata kepada 5,186.48.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 11.46 mata kepada 789.84, Indeks Perladangan naik 5.62 mata kepada 9,315.28, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 205.00 mata kepada 20,038.47, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 4.68 mata kepada 184.59.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 3.88 bilion unit bernilai RM4.06 bilion daripada 3.39 bilion unit bernilai RM6.11 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.03 bilion juta unit bernilai RM143.05 juta daripada 991.46 juta unit bernilai RM152.07 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 601.61 juta unit bernilai RM210.03 juta daripada 681.03 juta unit bernilai RM245.54 juta minggu lepas.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 335.82 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (309.12 juta), pembinaan (145.87 juta), teknologi (2.22 bilion), perkhidmatan kewangan (140.48 juta), hartanah (246.00 juta), perladangan (55.53 juta), amanah pelaburan hartanah (16.06 juta), dana tertutup (456,400), tenaga (184.27 juta), penjagaan kesihatan (82.42 juta), telekomunikasi dan media (43.74 juta), pengangkutan dan logistik (41.33 juta), utiliti (57.49 juta), dan amanah perniagaan (53,300).

-- BERNAMA