Belanjawan 2027

Lesen Sampan Khas Penting Untuk Nelayan Akses Kemudahan Kerajaan

Oleh Noornasrin Salsabila Othman

KOTA BHARU, 20 Nov (Bernama) -- Pemilikan Lesen Sampan Khas bukan sekadar pengiktirafan kepada nelayan kecil, malah menjadi antara keperluan penting bagi membolehkan golongan itu menikmati pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi minyak dan perlindungan insurans.

Belanjawan 2027 Bagi Lapan Kementerian Lulus Minggu Ketujuh Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Minggu ketujuh persidangan Dewan Rakyat menyaksikan peruntukan Belanjawan 2027 bagi lapan lagi kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa, selain tumpuan turut terarah kepada perkembangan pembiayaan kesihatan negara dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Belanjawan Johor 2027: Penjawat Awam Negeri Terima Insentif Khas Dua Bulan Setengah Gaji

ISKANDAR PUTERI, 19 Nov (Bernama) -- Penjawat awam negeri Johor bakal menerima insentif khas sebanyak dua bulan setengah gaji sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.

Kesiapsiagaan Hadapi MTL, Insentif Sukarelawan Banjir Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Persediaan kerajaan dari segi kesiapsiagaan pasukan penyelamat, aset serta bantuan kebajikan termasuk kewangan bagi menghadapi bencana sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) antara yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pembinaan PDF Lynas Capai 79 Peratus Setakat 31 Okt - Mohammad Yusof

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) sisa radioaktif syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd mencapai 79 peratus setakat 31 Okt lepas, dengan 1.46 juta tan metrik sisa penulenan air larut resap (WLP) telah dipindahkan ke kemudahan itu.

Banjir Kilat Bukan Tanggungjawab JPS Semata-mata, Perlu Tindakan Bersepadu PBT

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Usaha menangani masalah banjir kilat di negara ini tidak boleh diletakkan di bahu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) semata-mata, sebaliknya memerlukan tindakan bersepadu, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya dalam memastikan sistem perparitan diselenggara dengan baik.

MOTAC Terbuka Pertimbang Cadangan Bangun Aplikasi Super Pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terbuka untuk mempertimbangkan dan meneliti cadangan pembangunan hab digital pelancongan nasional atau sebuah aplikasi super yang menghimpunkan pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dalam satu platform digital berpusat bagi memudahkan akses pengguna, khususnya pelancong.

KKM Dijangka Terima 1,389 Ambulans Baharu Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menerima sebanyak 1,389 unit ambulans baharu menerusi perolehan yang dilaksanakan secara berperingkat, bagi menangani kekurangan ambulans di fasiliti kesihatan seluruh negara.

Pengangkutan Kargo Pacu Unjuran Hasil ECRL RM418 Juta Pada 2029 - Hasbi

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pengangkutan kargo dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan hasil projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dengan sumbangannya diunjurkan meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM214 juta pada 2029, berbanding RM68 juta pada 2027.

Aplikasi TuJu Catat Lebih Sejuta Pengguna Susulan Larangan Waze - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Aplikasi navigasi tempatan TuJu mencatatkan lebih sejuta pengguna dalam tempoh beberapa hari selepas larangan penggunaan Waze oleh pegawai kerajaan bagi urusan rasmi.

Terengganu Bentang Belanjawan 2027 Berjumlah RM1.983 Bilion

KUALA TERENGGANU, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2027 yang memperuntukkan RM1.983 bilion untuk perbelanjaan mengurus, termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM450 juta. 

Kerajaan Negeri Hargai Belanjawan 2027 Kerajaan Pusat Berkaitan Kedah

ALOR SETAR, 15 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kedah merakamkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang meluluskan sejumlah peruntukan untuk negeri itu dalam pengumuman Belanjawan 2027 baru-baru ini.