Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Pelaburan RM1 Bilion Dalam Rekod Perubatan Elektronik Buka Peluang Industri Teknologi Kesihatan

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pelaburan RM1 bilion bagi pelaksanaan sistem rekod perubatan elektronik (EMR) di seluruh negara dijangka membuka peluang jangka panjang kepada industri teknologi maklumat (IT) kesihatan, termasuk kesalingoperasian sistem dan pembangunan infrastruktur digital.

Kelantan Bentang Belanjawan 2027 RM1.383 Bilion

KOTA BHARU, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kelantan hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.383 bilion, merangkumi RM1.087 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM296 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Harga Minyak Mentah Brent Dijangka US$80 Hingga US$95 Setong Pada 2027 – Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka antara US$80 hingga US$95 setong pada 2027 dengan andaian eksport minyak Asia Barat dipulihkan secara berperingkat dan penawaran global pulih pada kadar yang mengatasi pertumbuhan permintaan, menurut penganalisis.

Peruntukan Jalan Luar Bandar Sabah, Sarawak Tidak Pernah Dibatalkan - Mustapha

KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Dakwaan berhubung pembatalan atau pengurangan peruntukan projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan Sarawak oleh Kerajaan MADANI perlu diteliti berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih, kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

KKM Rancang Perkenal Konsep "Cottage Hospital" Di Pedalaman - Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk memperkenalkan konsep “cottage hospital” dengan menaik taraf klinik kesihatan terpilih di kawasan pedalaman bagi menyediakan kemudahan rawatan, sekali gus memperluas akses perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.

Anwar Tegur Pihak Cepat Menghukum, Tegaskan Belanjawan 2027 Angkat Syiar Islam

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Belanjawan 2027 dirangka untuk terus mengangkat syiar Islam termasuk melalui pendekatan khusus memperkukuh institusi pengajian pondok di seluruh negara.

KPM Pastikan Projek Pembangunan Sekolah Yang Diluluskan Dilaksana, Disiapkan - Fadhlina

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan semua projek pembangunan sekolah yang diluluskan akan dilaksanakan dan disiapkan, manakala projek yang terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu akan dikemukakan semula untuk kelulusan baharu.

1,600 Keluarga Di Lembah Pantai Terima Baucar Deepavali, Bantu Ringankan Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kira-kira 1,600 keluarga di kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima baucar bernilai RM150 bersempena dengan sambutan Deepavali bagi membantu meringankan kos sara hidup serta persiapan menyambut perayaan itu.

KPWKM Sokong Cadangan Kongsi Cuti Bersalin Dengan Suami

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti cadangan supaya kemudahan cuti bersalin boleh dikongsi antara ibu dan bapa.

Kerajaan Teliti Pelaksanaan AFA Berperingkat Mulai 2027 - Fadillah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti cadangan memperkenalkan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) berperingkat mulai 2027 bagi memastikan perlindungan bil elektrik lebih adil dan bersasar mengikut kategori pengguna.

Belanjawan 2027 Dijangka Rancakkan Industri Halal Negara, Perluas Pasaran Antarabangsa - Zulkifli

BANGI, 27 Okt (Bernama) -- Pelbagai inisiatif dan insentif yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka merancakkan lagi pembangunan industri halal negara, khususnya dalam memperluas pasaran antarabangsa bagi pemain tempatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

LPT3 Dilaksana Secara PPP, Kos Ditanggung Pembida Berjaya - Nanta

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) sepanjang 122 kilometer akan dilaksanakan secara penswastaan menerusi kaedah Kerjasama Awam Swasta (PPP) - Bidaan Bersaing atau Request For Proposal (RFP), dengan kos pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya.