18hari lalu
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Projek pembangunan jalan luar bandar bernilai RM1.7 bilion di Sabah tidak dibatalkan, sebaliknya hanya ditangguhkan bagi semakan dan penjajaran siling peruntukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.
18hari lalu
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Premis penyembelihan ayam yang disyaki beroperasi tanpa permit dan kelulusan pihak berkuasa tempatan tidak berada dalam rekod pemantauan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
18hari lalu
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kesesakan lalu lintas di Bukit Jalil, khususnya ketika penganjuran konsert dan acara berskala besar, mendorong kerajaan meneroka penyelesaian bandar pintar, selain memperincikan pelan kawalan trafik bagi meningkatkan kelancaran pergerakan kenderaan di kawasan berkenaan.
18hari lalu
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang menyelaras draf Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri bagi pertimbangan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
19hari lalu
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Perkembangan dasar industri nadir bumi (REE), bilangan pesakit obesiti dan diabetes menerima rawatan GLP-1 RA serta pencapaian terkini kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, antara perkara yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
19hari lalu
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan dalam peruntukan pembangunan jalan luar bandar, sebaliknya kedua-dua negeri itu terus diberi keutamaan dengan peruntukan yang meningkat hampir tiga kali ganda bagi tempoh 2023 hingga 2027 berbanding lima tahun sebelumnya, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
21hari lalu
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Memperluas akses kontraktor dan usahawan Bumiputera kepada peluang perniagaan, memperkukuh pembiayaan serta membantu syarikat tempatan menembusi pasaran modal adalah antara enam cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) bagi memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera menerusi Belanjawan 2027.
21hari lalu
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menjayakan penganjuran Sukan SEA 2027, yang menyaksikan Pulau Mutiara menjadi antara empat kluster temasya sukan berkenaan pada September tahun depan.
21hari lalu
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan gaji kepada penjawat awam di negeri itu, yang akan dibayar pada Disember 2026.
21hari lalu
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion yang meliputi RM1.042 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM280.17 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
21hari lalu
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) tidak pernah mengeluarkan arahan pembatalan projek jalan luar bandar, sebaliknya hanya menangguhkan kontrak baharu bagi mengelakkan tunggakan bayaran kepada kontraktor terus meningkat.
21hari lalu
KOTA KINABALU, 30 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah menerusi Belanjawan 2027 perlu diterjemahkan kepada penyelesaian masalah rakyat di daerah miskin, terutama membabitkan tiga keperluan asas iaitu bekalan air, elektrik dan jalan raya.