15hari lalu
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kekangan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) menyebabkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengalihkan sejumlah RM200 juta daripada peruntukan program itu bagi 2026 untuk menampung tunggakan bayaran projek Jalan Luar Bandar (JALB).
15hari lalu
BUKIT MERTAJAM, 5 Nov (Bernama) -- Mengikat perut dan hanya beralaskan air kosong sebelum melangkah ke dewan kuliah bukanlah satu pilihan, sebaliknya realiti perit yang pernah dialami segelintir mahasiswa demi memastikan kelangsungan pengajian di menara gading.
15hari lalu
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dasar gaji minimum Malaysia tidak boleh dilihat secara berasingan sebaliknya perlu dilihat sebagai pelengkap kepada bantuan bersasar, rasionalisasi subsidi dan langkah penjagaan kesihatan mampu milik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
16hari lalu
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Isu kualiti sampel petrol RON95, mitigasi tapak pelupusan sisa pepejal dan penguatkuasaan terhadap warga asing memandu tanpa lesen sah antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
16hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.
16hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Lebih 2.45 juta imej digital dokumen bersejarah milik negara yang tersimpan di institusi arkib dan perpustakaan terkemuka di United Kingdom (UK) telah dikenal pasti oleh Arkib Negara dalam usaha memperluas akses kepada rekod sejarah negara.
17hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Keselamatan negara susulan peningkatan ketegangan ketenteraan di rantau Asia Pasifik, hala tuju tadbir urus universiti selepas pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta usaha mengekang iklan badal haji meragukan antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
17hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti pelaksanaan dasar pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam terdahulu yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
17hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Keberkesanan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah wang tunai yang diterima semata-mata, sebaliknya sejauh mana gabungan kedua-dua mekanisme itu mampu meringankan beban perbelanjaan harian isi rumah.
17hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan saluran khas bagi membolehkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengemukakan permohonan keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan fizikal sekolah bagi 2027.
17hari lalu
Oleh Muhamad Adzhar Tajudin
IPOH, 3 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan projek menaik taraf Pasar Buntong di sini mampu mengatasi pelbagai masalah yang sekian lama dihadapi peniaga dan orang awam, terutama berkaitan aspek keselamatan serta keadaan infrastruktur yang semakin uzur.
18hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perkembangan usaha kerajaan mendapatkan semula bayaran bagi projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) serta usaha memperkukuh kawalan keselamatan di pintu sempadan negara antara perkara yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.