1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah kepelbagaian sumber bekalan dan penilaian keperluan stok simpanan strategik adalah penting bagi memanjangkan tempoh daya tahan bekalan petroleum negara melangkaui tempoh operasi semasa, menurut Kementerian Ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- MBSB Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Industrial Development Finance Bhd telah melupuskan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam MIDF Amanah Asset Management Bhd (MAAM) kepada Tortoise Works Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pasaran modal antara kedua-dua pihak.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati, dengan aktiviti belian berselang-seli jualan dalam beberapa saham berwajaran tinggi terpilih, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau berikutan lonjakan harga minyak mentah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas pembangunan pasaran modal mata wang tempatan di rantau ASEAN+3 yang merangkumi Asia Tenggara, China, Jepun dan Korea Selatan.
1bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 23 Julai (Bernama) -- Entiti eksport Indonesia yang baharu diwujudkan, Danantara Sumberdaya Indonesia (DSI) dijangka memberi impak terhad terhadap pasaran ekonomi dan eksport komoditi negara itu, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap perubahan besar ke atas eksport komoditi yang strategik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pembuatan terus mencatat prestasi positif selepas dua tahun pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dengan nilai tambah keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor itu meningkat 5.9 peratus pada suku pertama 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring pasaran serantau ketika prestasi pendapatan memberangsangkan syarikat teknologi turut mendorong kenaikan saham berkaitan sektor itu di peringkat tempatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, seiring penyusutan mata wang utama lain, apabila unit tempatan itu dijangka terus bergerak dalam aliran berhati-hati susulan ketegangan yang masih berlarutan di Asia Barat terus mengganggu bekalan minyak dan gas global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Focus Point Holdings Bhd selepas membeli 570,000 saham biasa dalam pengendali rangkaian peruncitan optikal itu.