MBSB Group Lupus 100 Peratus Kepentingan Dalam Pengurusan Aset Amanah MIDF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- MBSB Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Industrial Development Finance Bhd telah melupuskan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam MIDF Amanah Asset Management Bhd (MAAM) kepada Tortoise Works Sdn Bhd.

Kumpulan perkhidmatan kewangan itu melalui satu kenyataan berkata pelupusan tersebut adalah konsisten dengan strategi transformasinya untuk menumpukan kepada perniagaan teras dan tidak dijangka memberi sebarang kesan kewangan yang ketara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Rafe Haneef berkata MAAM telah membina nama yang disegani selama 34 tahun dan kini sedang memulakan bab pertumbuhan seterusnya.

Ad Banner

Sementara itu, Pengarah Tortoise Works, Shan Kamahl Mohammad berkata syarikat itu komited untuk memelihara warisan kebanggaan MAAM sambil mengejar pertumbuhan mampan, tadbir urus berdisiplin dan hasil pelaburan yang mantap.

Penjualan itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 9 Julai 2026 dan transaksi itu selesai hari ini, kata MBSB.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner