BERITA TERKINI   ACLE: Pohang 0-2 JDT | Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | 

Terdapat 1182 berita berdasarkan kata kunci carian "j"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Eksport Dianggarkan Lebih Kukuh

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, dipacu oleh permintaan eksport yang lebih kukuh seperti ditunjukkan dalam anggaran terkini juruukur kargo bagi Oktober, kata seorang peniaga.

Belanjawan 2027 Sokong Ringgit, Pasaran Bon - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 mampu menyokong ringgit dan pasaran bon Malaysia dengan memperkukuh permintaan domestik serta memantapkan disiplin fiskal manakala inisiatif untuk menggalakkan pelaburan tempatan berupaya menyediakan peluang kepada pasaran ekuiti.

MN Holdings Peroleh Kontrak Infrastruktur Pusat Data Bernilai RM293.9 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM293.88 juta membabitkan pembinaan dua stesen pendaratan pengguna (CLS) 275 kilovolt (kV) bagi pembangunan pusat data yang terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Belanjawan 2027: Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama, Projek Terbengkalai Dicadang Disemak Semula

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah kediaman pertama dicadangkan agar disemak semula untuk terus menyokong pemilikan rumah kediaman pertama oleh warganegara Malaysia. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi susulan Saham Perbankan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan prestasi positif minggu lepas, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga murah dalam saham perbankan berikutan Belanjawan 2027 menawarkan sokongan tambahan menerusi langkah-langkah menyasarkan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembiayaan perumahan dan pertumbuhan kredit dipacu pelaburan.

Galakan Cukai ECF Dicadang Dilanjutkan Sehingga 2030, Tarik Lebih Ramai Pelabur

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan supaya galakan cukai bagi pelabur individu yang melabur melalui platform Pendanaan Awam Berasaskan Ekuiti (ECF) dilanjutkan selama empat tahun mulai 1 Jan, 2027 hingga 31 Dis, 2030.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain Disokong Sentimen Positif

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Okt  (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh sentimen pasaran yang positif susulan pengumuman Belanjawan 2027 pada Jumaat minggu lepas, kata seorang penganalisis.

IJM Corporation Raih Kontrak Pembinaan Kemudahan AT&S Di Kedah Bernilai RM1.23 Bilion

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd bagi kontrak reka bentuk dan pembinaan bernilai kira-kira RM1.23 bilion.

Gaji Minimum RM2,000 Dipersetujui Tanpa Bantahan, PMKS Diberi Masa Lebih Panjang - Johan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Penetapan gaji minimum RM2,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 telah dipersetujui oleh Majlis Perundingan Gaji Negara, yang turut dianggotai wakil pekerja dan majikan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Cadangan Potongan Cukai Pendapatan Bagi Kos Penerbitan Sukuk Prisma

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pemberian potongan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan penerbitan Sukuk Prisma yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau diserah simpan dengan SC bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.