BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | 

MN Holdings Peroleh Kontrak Infrastruktur Pusat Data Bernilai RM293.9 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM293.88 juta membabitkan pembinaan dua stesen pendaratan pengguna (CLS) 275 kilovolt (kV) bagi pembangunan pusat data yang terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pakar penyelesaian pembinaan dan kejuruteraan utiliti infrastruktur itu berkata ia akan melaksanakan kontrak pembinaan, pembekalan, pemasangan, ujian dan pentauliahan kemudahan CLS termasuk kerja-kerja bangunan utama serta luaran yang berkaitan.

“Kerja pembinaan bermula pada September 2026, dan dijangka selesai menjelang Ogos 2027,” katanya.

Ad Banner

Pengarah Eksekutif MN Holdings Datuk Dang Siong Diang berkata projek itu menunjukkan permintaan yang berterusan untuk infrastruktur kuasa voltan tinggi dalam menyokong pembangunan pusat data berskala besar.

“Pengalaman kami dalam menyampaikan pencawang voltan tinggi dan infrastruktur tenaga meletakkan kami dengan baik bagi mengambil bahagian dalam segmen yang semakin berkembang ini.

“Kami kekal fokus untuk melaksanakan projek-projek berkenaan dengan berkesan sambil terus mengejar peluang merentasi infrastruktur tenaga, pusat data dan sektor utiliti di seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA