BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat 3.0 mata kepada 1,610.5, kontrak November 2026 dan Disember 2026 naik 2.5 mata masing-masing kepada 1,611.5 dan 1,617.5, manakala kontrak Mac 2027 menambah 1.0 mata kepada 1,601.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5,900 lot daripada 8,266 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 44,309 kontrak daripada 46,870 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.56 mata, atau 0.59 peratus, kepada 1,618.01 daripada paras penutup 1,608.45 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner