27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kinza, jenama minuman Arab Saudi, tidak berhasrat untuk bersaing dengan gergasi minuman terkemuka, sebaliknya menumpukan usaha untuk memahami keperluan dan jangkaan pengguna yang sentiasa berubah ketika ia meluaskan pasaran ke Asia Tenggara.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 merekodkan potensi jualan RM5.5 bilion setakat hari keempat penganjurannya, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM6 bilion menjelang akhir pameran.
27hari ago
SUBANG JAYA, 26 Sept (Bernama) -- Keputusan berkaitan pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) adalah di bawah kementerian berkaitan mengikut bidang kuasa yang ditetapkan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka menarik minat aktiviti pembelian saham murah minggu depan, didorong oleh lanjutan genjatan perdagangan Amerika Syarikat-China bagi tempoh dua bulan lagi.
27hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan antara US$4,200 hingga US$4,400 setiap auns troy minggu hadapan, dengan harga minyak, hasil bon dan dolar US dijangka mempengaruhi arah pasaran.
28hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, sekali gus menamatkan aliran penurunan selama empat hari berturut-turut, didorong oleh prestasi lebih baik di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
28hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Uzbekistan melihat Malaysia sebagai ‘guru yang baik’, memandangkan negara di Asia Tengah itu sedang mengambil langkah untuk memperkukuhkan sistem pensijilan halal dan membangunkan ekosistem halal yang lebih menyeluruh.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Favelle Favco Bhd (FFB), melalui anak syarikatnya, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM88.8 juta daripada Saipem Offshore Construction SPA, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan OceanMight Sdn Bhd untuk membekalkan kren luar pesisir.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50,000 pengunjung apabila memasuki hari ketiga dengan momentum memberangsangkan hari ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Data yang menjadi asas kepada rangka kerja penetapan harga Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) MediAsas menunjukkan pembayar pihak ketiga menanggung bil hospital berjumlah RM3.9 bilion, manakala RM932 juta dibayar sendiri oleh pesakit.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan mengetuai misi rasmi ke India dari 27 September hingga 1 Oktober, 2026 bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan pasaran India.