16hari ago
GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang berharap Belanjawan 2027 membawa berita baik mengenai cadangan penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC) bersama Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh ekosistem teknologi di negeri itu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuh pasaran minyak sawit sedia ada dan meninjau peluang di Afrika, ASEAN, Timur Tengah dan rantau lain.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal Malaysia dijangka mengecil kepada RM76 bilion atau 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 daripada anggaran 3.5 peratus pada 2026, sekali gus memastikan kerajaan terus berada di landasan untuk mencapai sasaran jangka sederhana 3.0 peratus menjelang 2028.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Seramai 164,435 pembayar cukai dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah memilih untuk melaksanakan e-Invois secara sukarela walaupun kini dikecualikan daripada pelaksanaan sistem itu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia berpotensi melepasi sasaran pengeluaran minyak sawit bagi tahun 2026 susulan pengeluaran yang berada pada landasan yang baik, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Cadangan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bertujuan memastikan tiada kesan cukai berlapis (cascading) dalam sistem percukaian negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil cukai negara meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion pada separuh pertama 2026 berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepas.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumpul sebanyak US$1.31 bilion melalui terbitan semula sukuk jangka pendek, dengan menerima tempahan berjumlah kira-kira US$2.33 bilion dalam keadaan pasaran bon global yang tidak menentu.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM41.5 bilion pelaburan telah diluluskan untuk Negeri Sembilan bagi tempoh 2023 hingga Jun 2026 di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dengan potensi mewujudkan 14,953 peluang pekerjaan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Seramai 21,391 bakat telah dilatih dalam bidang semikonduktor sehingga Jun 2026 melalui pelbagai program pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Top Glove menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran operasinya kepada 78 bilion keping sarung tangan setahun menjelang akhir tahun kewangan 2027, tertakluk kepada keperluan operasi dan ketersediaan sumber.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.