BERITA TERKINI   Sumbangan Allahyarham Abdul Wahab bangunkan MRSM satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara - PM Anwar | PM Anwar zahir ucapan takziah pemergian pengasas MRSM Allahyarham Abdul Wahab Alwi | Tiga maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kota Tinggi, Johor petang ini - Bomba | Taman Tema Sunway komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi merentasi semua tarikan dan kemudahannya | Syarikat telah menyediakan bantuan dan sokongan perubatan yang diperlukan kepada tetamu yang terlibat serta keluarga mereka - Taman Tema Sunway | 

Terdapat 488 berita berdasarkan kata kunci carian " perniagaan"

Skim Pembuatan Pintar Baharu Perluas Akses Modal Untuk PKS, Syarikat Pertengahan

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan skim Pembuatan Pintar untuk memudah cara akses modal yang lebih luas, menyokong pertumbuhan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat peringkat pertengahan (MTC) dalam sektor-sektor strategik.

Kerajaan Perinci Cadangan Perundangan Bendung Amalan Rent-Seeking Atau Ali Baba

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang memperincikan cadangan kerangka perundangan bagi membendung amalan ‘rent-seeking’ atau konsep ‘Ali Baba,’ termasuk menilai keperluan penggubalan undang-undang baharu atau menambah baik peruntukan sedia ada.

PCEB Jalin Kerjasama Dengan Enam Institusi Bagi Perkasa Bakat Industri Acara Perniagaan

GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) – Biro Konvensyen & Pameran Pulau Pinang (PCEB) hari ini memeterai perkongsian strategik dengan enam institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh penyaluran bakat bagi industri acara perniagaan di Malaysia. 

Kerajaan Rangka Formula Lebih Adil Bagi Pengiraan OMV Kenderaan CKD Tempatan

PETALING JAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang membangunkan formula yang lebih adil bagi mengira nilai pasaran terbuka (OMV) atau harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

OCBC Malaysia Dinobat Bank Terbaik PKS Untuk Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia dinobatkan sebagai Bank Terbaik bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk kategori antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia 2026, sekali gus merekodkan kemenangan bagi tiga tahun berturut-turut. 

ECRL Pemangkin Baharu Pertumbuhan EPIC, Hasil Dijangka Cecah RM700 Juta Menjelang 2030

KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.

BNM Terus Galakkan Aliran Dana Dua Hala Pasaran Kewangan Dalam Pesisir

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.

Pengambilan Untung Dalam Saham Perbankan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.

CIMB Sasar Jadi Rakan Pengurusan Kekayaan Kepada Individu Berpendapatan Tinggi ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- CIMB Group bermatlamat untuk menjadi rakan pengurusan kekayaan utama kepada individu berpendapatan tinggi di seluruh ASEAN melalui pengenalan CIMB Private Wealth memandangkan peningkatan pendapatan, perbandaran dan pemindahan kekayaan antara generasi sedang membentuk semula permintaan bagi perkhidmatan nasihat kekayaan di seluruh rantau ini.

AirBorneo Terap ‘Model Sarawak’ Kekalkan Tambang Mampu Milik – Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo, akan beroperasi menerusi “model Sarawak” yang menggabungkan sokongan kerajaan dengan operasi komersial bagi memastikan tambang penerbangan kekal berpatutan, selain menjamin kemampanan jangka panjang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

TPM Fadillah Sambut Penerbangan Sulung AirBorneo, Buka Lembaran Baharu Penerbangan Sarawak

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyambut ketibaan penerbangan sulung AirBorneo Airways dari Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini.

Malakoff Manfaatkan Inovasi Perkukuh Keselamatan Tenaga, Kurangkan Pelepasan Karbon

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Keselamatan tenaga kekal menjadi teras dalam peralihan Malaysia menuju masa depan rendah karbon, dengan inovasi memainkan peranan penting bagi memastikan bekalan elektrik yang dipercayai dan mampan untuk isi rumah, perniagaan dan industri.