BERITA TERKINI   Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | 

PTT Synergy Beli Tanah Pegangan Bebas Di Pulau Pinang RM62.53 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- PTT Synergy Group Bhd (PTT) menerusi anak syarikat milik penuhnya, PTT Logistics Hub 3 Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Lee Mooi Khean bagi memperoleh tanah pegangan bebas di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, bernilai RM62.53 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan logistik dan pergudangan itu memaklumkan tanah berkenaan akan dipegang sebagai hartanah pelaburan dengan potensi pembangunan pada masa depan, selaras dengan rancangan pengembangan perniagaannya.

“Cadangan pemerolehan itu merupakan pelaburan strategik yang dilaksanakan selaras dengan objektif pertumbuhan dan pengembangan jangka panjang syarikat.

Ad Banner

“Dengan memperoleh tanah berkenaan untuk pembangunan dan keperluan operasi pada masa depan, cadangan itu dijangka mengukuhkan asas aset syarikat serta menyokong pertumbuhan dan pengembangan berterusan perniagaannya dalam tempoh sederhana hingga panjang,” menurutnya.

Menurut PTT, harga belian dipersetujui berdasarkan prinsip pembeli bersedia dan penjual bersedia (willing-buyer willing-seller), selepas mengambil kira rasional dan prospek cadangan itu serta harga permintaan indikatif bagi tanah yang setara di kawasan sekitar.

PTT memaklumkan harga belian akan dibayar secara tunai menggunakan gabungan dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank.

Ad Banner

Menurutnya, tertakluk kepada pemenuhan semua syarat yang ditetapkan dalam SPA dan sekiranya tiada keadaan tidak dijangka, urus niaga itu dijangka selesai pada suku pertama 2027.

-- BERNAMA