13hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Indeks harga pengeluar (IHPR) Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak 9.2 peratus pada Jun 2026 daripada 7.8 peratus pada bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
14hari ago
GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) -- PGF Capital Bhd, pengeluar bahan penebat terkemuka Asia Tenggara yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, mencatat peningkatan untung bersih sebanyak 18.3 peratus tahun ke tahun kepada RM8.9 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2027 berakhir 31 Mei, 2026, berbanding RM7.5 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
14hari ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi mencatatkan prestasi perbelanjaan pembangunan keempat terbaik dalam kalangan kementerian setakat 21 Julai selepas membelanjakan RM1.214 bilion atau 57.42 peratus daripada peruntukan pembangunan asal sebanyak RM2.115 bilion bagi 2026.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya memperoleh 416 acara perniagaan yang diadakan bermula 2026 sehingga 2030, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM3.98 bilion setakat 30 Jun 2026.
15hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) – Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Scoot, syarikat penerbangan tambang murah di bawah Kumpulan Singapore Airlines (SIA), didorong oleh permintaan berterusan bagi perjalanan percutian dan perniagaan.
16hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, dengan harga minyak mentah menjadi pemacu utama di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia kekal positif pada Mei 2026 dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan pertumbuhan 0.8 peratus kepada 114.4 mata berbanding 113.5 mata dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
18hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP)-Semua Barangan isi rumah di Singapura meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada separuh pertama 2026, berbanding peningkatan 0.9 peratus pada separuh kedua 2025.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Untung bersih Westports Holdings Bhd bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM360.90 juta daripada RM231.63 juta pada suku yang sama tahun lepas.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Untung bersih Eco-Shop Marketing Bhd meningkat kepada RM264.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM205.03 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia terus berkembang meskipun rantaian bekalan global berdepan gangguan susulan keadaan geopolitik di Timur Tengah serta ketegangan berterusan antara Rusia dan Ukraine.