BERITA TERKINI   Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | 

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 9.2 Peratus Pada Jun, Tertinggi Dicatatkan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Indeks harga pengeluar (IHPR) Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak 9.2 peratus pada Jun 2026 daripada 7.8 peratus pada bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Dalam laporan bulanan terkini IHPR pengeluaran tempatan Jun 2026, DOSM memaklumkan peningkatan berkenaan merupakan yang tertinggi direkodkan setakat tahun ini.

"Prestasi mengikut sektor pada Jun 2026 iaItu seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan.

Ad Banner

"Sektor perlombongan merekodkan peningkatan 29.0 peratus daripada 52.6 peratus pada Mei 2026. Peningkatan dua digit ini dipacu oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah yang meningkat sebanyak 40.7 peratus," jelasnya.

DOSM menyatakan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menokok 9.1 peratus daripada 8.9 peratus pada bulan sebelumnya. 

Peningkatan ini disokong oleh indeks perikanan iaitu peningkatan sebanyak 12.5 peratus dan penanaman tanaman kekal sebanyak 10.8 peratus.

Ad Banner

Pada masa yang sama, sektor pembuatan menokok sebanyak 7.2 peratus daripada 3.5 peratus pada Mei 2026 terutamanya disumbangkan oleh indeks pembuatan kok & produk petroleum bertapis (30.1 peratus) serta pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal berkembang sebanyak 8.3 peratus.

Sementara itu, sektor bekalan air serta bekalan elektrik dan gas masing-masing meningkat 12.7 peratus dan 10.2 peratus. 

-- BERNAMA