BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

MyCEB Raih 416 Acara Perniagaan  Bagi 2026-2030 Dengan Anggaran Impak Ekonomi RM3.98 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya memperoleh 416 acara perniagaan yang diadakan bermula 2026 sehingga 2030, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM3.98 bilion setakat 30 Jun 2026.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Mei Phing berkata pencapaian itu mencerminkan keyakinan berterusan penganjur antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia, ekosistem industri yang kukuh serta layanan bertaraf dunia yang ditawarkan oleh negara ini.

"MyCEB terus memperkuat daya saing Malaysia di peringkat global melalui misi jualan antarabangsa, kerjasama strategik, pemerkasaan komunikasi media dan digital serta inisiatif pembangunan industri yang menyokong pertumbuhan mampan industri acara perniagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner

MyCEB turut memperkenalkan edisi pertama BE Horizon Bulletin, iaitu penerbitan baharu yang membawakan matlamat pasaran, perkembangan industri serta kemas kini mengenai landskap acara perniagaan di Malaysia sebagai antara komitmennya untuk memperkukuh penglibatan industri.

Sementara itu, Tan mempelawa pengamal media untuk menyertai Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) 2026 yang akan berlangsung bermula 3 hingga 5 Ogos 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bertemakan "Weaving Horizons: Shaping the Tapestry of Tomorrow."

"Media sentiasa menjadi antara rakan strategik MyCEB yang paling dihargai," katanya pada edisi kedua sesi libat urus media MyCEB bersama editor, wartawan dan rakan media hari ini.

Ad Banner

-- BERNAMA