BERITA TERKINI   Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd menghimpunkan barisan pemimpin daripada sektor awam dan swasta - Kementerian Digital | Aireen Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd - Kementerian Digital | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | 

Terdapat 579 berita berdasarkan kata kunci carian " produk"

Bursa Malaysia Susut Selepas Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dan kemudiannya menyusut berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan semalam walaupun Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi dalam tempoh semalaman.

QuantumNexis Sediakan Penilaian Kesihatan Mental Menerusi TnG Digital

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- QuantumNexis Sdn Bhd menyediakan penilaian kesihatan mental kepada pengguna melalui MindCare by Ziloy, yang boleh diakses menerusi aplikasi tunggal dalam TNG Digital, dengan lebih 26 juta pengguna di Malaysia.

Keadaan Pembiayaan PKS Kekal Kondusif, Namun Perniagaan Perlu Terus Buat Penyesuaian - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keadaan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara keseluruhannya kekal kondusif, dengan bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) terus menyediakan pembiayaan kepada perniagaan yang berdaya maju.

Keuntungan Suku Kedua Vstecs Meningkat 50 Peratus Kepada RM30.31 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Intra Hari, Dipacu saham Utiliti, Petrokimia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.

Penerbangan Terus Haikou-Penang Bermula 11 Oktober

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan penerbangan terus Haikou-Penang akan dilancarkan pada 11 Okt ini, menjadikan Haikou sebagai bandar raya kesembilan di China yang mempunyai hubungan udara terus berjadual dengan Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --  Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh peningkatan dalam kaunter utiliti dan produk perindustrian berwajaran tinggi.

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Capai RM168.50 Bilion Pada Jun 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 10.1 peratus tahun ke tahun pada Jun 2026 dengan nilai jualan mencecah RM168.5 bilion, disokong pertumbuhan positif dalam ketiga-tiga subsektor, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong pembelian saham semasa harga rendah berikutan penurunan semalam dan minat belian terhadap saham berwajaran tinggi walaupun sentimen berhati-hati timbil akibat prestasi lemah Wall Street.

Anugerah CGC 2025 Iktiraf Daya Tahan PMKS, Penglibatan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Acara Anugerah CGC 2025 edisi ke-31 yang berlangsung hari ini mengiktiraf 32 pencapaian cemerlang dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia serta pemain utama ekosistem kewangan.

Casuarina Meru Sasar Kadar Penginapan Hotel 62 Peratus Tahun Ini

IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Casuarina Meru Sdn Bhd menyasarkan peningkatan kadar penginapan keseluruhan kepada 62 peratus bagi hotel bertaraf empat bintangnya, Hotel Casuarina@Meru tahun ini, didorong pertumbuhan positif sektor pelancongan domestik dan momentum kehadiran pengunjung yang berterusan.  

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kenaikan Harga Minyak Dan Kebimbangan Geopolitik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.