Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kenaikan Harga Minyak Dan Kebimbangan Geopolitik
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.91 mata atau 0.23 peratus kepada 1,731.46 mata berbanding 1,735.37 mata ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka tinggi 0.04 mata kepada 1,735.41 mata dan bergerak antara 1,725.48 hingga 1,738.21 mata sepanjang sesi dagangan.
Di pasaran secara keseluruhan, sebanyak 581 kaunter mencatatkan kerugian berbanding 562 kaunter untung, manakala 585 kaunter tidak berubah, 1,047 kaunter tidak diniagakan dan 13 kaunter lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.43 bilion unit bernilai RM2.94 bilion berbanding 3.49 bilion unit bernilai RM2.55 bilion pada Isnin.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata kebuntuan berhubung Selat Hormuz tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif.
Beliau memberitahu Bernama bahawa harga minyak meneruskan kenaikannya selepas melonjak mendadak pada sesi sebelumnya ketika pelabur terus menilai risiko gangguan berpanjangan terhadap aliran minyak mentah global dan ketidakpastian mengenai bila selat penting itu boleh dibuka semula sepenuhnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik satu sen kepada RM5.19. Maybank susut 10 sen kepada RM10.56, CIMB Group merosot tiga sen kepada RM7.89, dan Tenaga Nasional berkurangan enam sen kepada RM14.34, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.35.
Bagi saham paling aktif, Steel Hawk menguncup 1.5 sen kepada 11.5 sen, Zetrix AI menambah satu sen kepada 71.5 sen, HHRG tiadak berubah pada 15 sen, Top Glove melonjak tiga sen kepada 66 sen, manakala NationGate turun empat sen kepada RM1.50.
Saham paling untung menyaksikan Nestle naik RM3.00 kepada RM102.60, Hong Leong Bank menambah 42 sen kepada RM22.74, SAM Engineering meningkat 25 sen kepada RM4.58, manakala Greatech Technology dan KESM Industries meningkat 13 sen masing-masing kepada RM2.74 dan RM4.57.
Antara saham paling rugi, United Plantations susut 68 sen kepada RM33.20, Batu Kawan merosot 52 sen kepada RM20.88, Petronas Dagangan berkurangan 34 sen kepada RM19.00, Kuala Lumpur Kepong merosot 32 sen kepada RM21.52, dan RHB Bank menguncup 15 sen kepada RM8.73.
Bagi indeks utama, Indeks FBM ACE naik 12.90 mata kepada 5,169.22, Indeks FBM Mid 70 meningkat 24.54 mata kepada 18,397.92 mata, manakala Indeks FBM Emas susut 14.23 mata kepada 12,854.23 mata, Indeks FBM Top 100 berkurangan 17.03 mata kepada 12,666.83 mata dan Indeks FBM Emas Syariah turun 11.33 mata kepada 12,704.18 mata.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 7.58 mata kepada 773.22 mata, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 45.25 mata kepada 20,374.21 mata, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0,19 mata kepada 187.97 mata dan Indeks Perladangan turun 36.49 mata kepada 9,484.00 mata,
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.61 bilion unit bernilai RM2.59 bilion berbanding 1.76 bilion unit bernilai RM2.21 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.23 bilion unit bernilai RM157.60 juta daripada 1.12 bilion unit bernilai RM155.99 juta sebelumnya.
Sementara itu, jumlah dagangan Pasaran ACE menguncup kepada 588.47 juta unit bernilai RM184.37 juta berbanding 591.08 juta unit bernilai RM193.20 juta pada sesi sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 168.91 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (308.38 juta), pembinaan (107.71 juta), teknologi (336.27 juta), perkhidmatan kewangan (58.55 juta), hartanah (151.94 juta), perladangan (36.49 juta), amanah pelaburan hartanah (16.55 juta), dana tertutup (129,300), tenaga (85.50 juta), penjagaan kesihatan (137.37 juta), telekomunikasi dan media (64.80 juta), pengangkutan dan logistik (88.17 juta), utiliti (50.28 juta) dan amanah perniagaan (8,300).
-- BERNAMA