16hari ago
KLANG, 5 Nov (Bernama) -- Kapasiti pengendalian kontena tahunan Westports Malaysia Sdn Bhd dijangka meningkat dua kali ganda, daripada 14 juta kepada 28 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), menerusi pelan pengembangan yang sedang dilaksanakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
16hari ago
PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) -- Google yang menambah pelaburan sebanyak US$15 bilion (US$1 = RM4.06) di Malaysia mencerminkan keyakinan kukuh terhadap keupayaan negara merealisasikan hasrat sebagai negara berteraskan kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir bagi tahun ini yang diadakan hari ini.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Projek intensif tenaga perlu dinilai bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan, malah dari segi kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan tenaga, penyertaan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran dan manfaat ekonomi yang luas, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pelaburan Google sebanyak US$15 bilion (US$1 = RM4.07) di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang dijangka menyumbang purata US$1.1 bilion setiap tahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sepanjang fasa pembinaan selain menyokong lebih 37,000 peluang pekerjaan tempatan setiap tahun.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh RedPlanet Bhd, AZTI Systems Sdn Bhd memperoleh pesanan bernilai RM7.09 juta bagi kerja-kerja berkaitan loji solar fotovolta (PV) berskala besar berkapasiti 15 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Industrial Bhd, Sapura Machining Corporation Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pembelian induk dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Projek Kedah Rubber City (KRC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM3.344 billion membabitkan lima pelabur utama setakat September 2026, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
17hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
17hari ago
PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Pematuhan terhadap Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) dijangka tidak menimbulkan cabaran besar kepada IOI Corporation Bhd memandangkan syarikat itu mempunyai pengalaman luas dalam membekalkan produk minyak sawit yang diperakui.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumkan perancangan sistem yang bersepadu semakin penting susulan meningkatnya permintaan elektrik daripada pusat data dan industri bernilai tinggi.