BERITA TERKINI   Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | 

RedPlanet Raih Pesanan RM7.09 Juta Bagi Projek Solar Di Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh RedPlanet Bhd, AZTI Systems Sdn Bhd memperoleh pesanan bernilai RM7.09 juta bagi kerja-kerja berkaitan loji solar fotovolta (PV) berskala besar berkapasiti 15 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.

Dalam satu kenyataan, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perusahaan itu berkata pesanan berkenaan diberikan oleh sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.

Skop kerja merangkumi reka bentuk kejuruteraan sistem kawalan penyeliaan dan pemerolehan data (SCADA) serta integrasi sistem, selain pembekalan peralatan elektrik, kawalan, automasi dan sistem digital.

Ad Banner
Ad Banner

Pengarah Urusan RedPlanet Lian Wah Seng berkata pesanan itu memberi peluang kepada kumpulan untuk mengaplikasikan kepakaran kejuruteraan dan keupayaan integrasi sistemnya bagi memenuhi keperluan projek solar PV berskala besar.

"Skop kerja kami menggabungkan reka bentuk kejuruteraan SCADA dan integrasi sistem, selain pembekalan peralatan elektrik, kawalan, automasi dan sistem digital.

"Fokus kami adalah untuk bekerjasama rapat dengan pihak yang memberikan kontrak bagi melaksanakan skop kerja yang dipersetujui, dengan memanfaatkan keupayaan teknikal AZTI Systems serta sumber kumpulan bagi menyokong pelaksanaan projek," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata projek itu dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan, dengan tarikh pelaksanaan akan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

RedPlanet berkata pesanan  itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh kontrak berkenaan.

-- BERNAMA