Terdapat 166 berita berdasarkan kata kunci carian " perindustrian"

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah Hari Ini

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan separuh pertama 2026 dengan mencatat prestasi lebih rendah susulan sesi dagangan dalam jajaran kecil apabila pelabur kekal berwaspada dalam keadaan tiada pemangkin baharu di dalam negara.

Sabah Perlu Pelan Induk Logistik Bersepadu Untuk Hala Tuju Holistik

LABUAN, 30 Jun (Bernama) -- Sabah memerlukan pelan induk logistik serta pengangkutan bersepadu untuk menangani cabaran di peringkat struktur dan bukannya bergantung pada penyelesaian projek-projek yang berasingan, menurut seorang pakar logistik.

Maybank Tingkat Sasaran Pembiayaan Mampan Sekitar ASEAN Kepada US$73 Bilion Menjelang 2030

JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) komited untuk menggerakkan sejumlah US$73 bilion (US$1 = RM4.06) dalam bentuk pembiayaan mampan di serata ASEAN menjelang 2030.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh minat belian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor kewangan, utiliti serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen pelabur yang lebih baik selepas gencatan serangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dikekalkan.

Bursa Malaysia Atasi Penyusutan Awal Untuk Ditutup Rendah, Dipengaruhi Sentimen Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan Isnin dengan indeks petunjuk utama mengatasi penurunan awal selepas melantun daripada paras terendah intra harian di tengah-tengah aktiviti jualan ketara pada sesi pagi.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.

Malaysia, EU Teruskan Rundingan MEUFTA, Sasar Dimuktamadkan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) telah memuktamadkan rundingan bagi lima bab di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), dengan kedua-dua pihak menyasarkan perjanjian itu dimeterai menjelang 2027.

Wilayah Utara Rekod Pelaburan Diluluskan Berjumlah RM9.4 Bln Bagi Tempoh Januari-Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Wilayah Utara merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 melibatkan 295 projek merentasi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama, yang berpotensi mewujudkan 10,966 peluang pekerjaan baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Bagi Minggu Ke-11 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih berturut-turut untuk minggu ke-11 di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM191.6 juta minggu lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya mencatatkan penurunan, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang meningkat.

Bursa Malaysia Dijangka Tinggi Minggu Depan, Pelabur Alih Pelaburan Tumpu Sektor Defensif

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan yang tinggi minggu depan apabila pelabur terus mengalihkan pelaburan daripada saham teknologi pertumbuhan tinggi kepada saham mewah dan sektor defensif berikutan persekitaran pasaran global yang lebih waspada.