BERITA TERKINI   Sabah Electricity tetapkan tempoh maksimum enam hari pulihkan talian penghantaran elektrik ke Pantai Timur Sabah - Pengerusi | Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia malam ini - Peguam Negara Mohd Dusuki | Bekalan elektrik putus: Semua 42,808 calon sedang duduki SPM di Sabah tidak terjejas - Pengarah Pendidikan Negeri | MCMC selaraskan usaha pemulihan perkhidmatan telekomunikasi Pantai Timur Sabah bersama Sabah Electricity dan penyedia perkhidmatan | MCMC sediakan sambungan satelit Starlink di 18 lokasi kritikal pastikan komunikasi pasukan di lapangan | 

Terdapat 421 berita berdasarkan kata kunci carian "ustr"

Syarikat Senaraian Awam Digesa Laksanakan Tanda Aras Gaji Wajar RM3,400 — Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan menggesa syarikat senaraian awam (PLC) untuk melaksanakan penanda aras gaji kehidupan wajar RM3,400 di peringkat organisasi masing-masing.

IOI Properties Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM609.53 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd bagi tempoh suku pertama berakhir pada 30 September 2026 susut kepada RM609.53 juta daripada RM664.33 juta pada tahun sebelumnya.

Takaful Malaysia Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Sebanyak RM127.88 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM127.88 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 30 September 2026 berbanding RM115.42 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Rakyat Teras Keutamaan: Prestasi Sembilan Bulan 2026 TNB Utamakan Pengguna Di Tengah-tengah Cabaran Kos Bahan Api Global

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memperkukuh komitmennya untuk melindungi pengguna elektrik daripada peningkatan kos bahan api global menerusi kerjasama erat dengan kerajaan, disokong oleh prestasi kewangan dan operasi yang kekal berdaya tahan bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2026.

IJM Corporation Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM233.17 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IJM Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu kepada RM233.17 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM65.78 juta pada suku sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Prestasi Positif Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, didorong oleh aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Cadangan LTAT Jual Pegangan Boustead Plantations Sejajar Syor PAC, Perkukuh Dana Persaraan

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Cadangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk mengurangkan pegangannya dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) di bawah Project Earth itu merupakan langkah penting dalam usaha transformasi berterusan untuk muncul sebagai sebuah dana persaraan yang lebih pelbagai, berdaya tahan dari segi kewangan serta mampan.

Penilaian AS Ke Atas Lebihan Kapasiti Pembuatan Malaysia Perlu Berasaskan Bukti - FMM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Sebarang penilaian oleh Amerika Syarikat (AS) mengenai lebihan kapasiti struktur dalam sektor pembuatan Malaysia perlu disertai dengan bukti yang boleh dipercayai, telus dan khusus industri, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Evolusi Hab KL Sanofi Cermin Peranan Kukuh Malaysia Sokong Operasi Serantau Bernilai Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) --  Keupayaan Malaysia menyokong operasi perniagaan serantau yang semakin khusus menjadi kian penting memandangkan syarikat multinasional kini sedang berusaha untuk menyatukan kepakaran, meningkatkan kecekapan operasi, serta mengguna pakai teknologi baharu.

Ketersambungan Udara Keutamaan Kerajaan, Kedudukan Kewangan AirAsia Dipantau - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ketersambungan udara dalam negara kekal menjadi keutamaan kerajaan manakala kedudukan kewangan AirAsia Group Bhd terus dipantau bagi memastikan ekosistem penerbangan negara tidak terjejas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kenanga Unjur Hasil MGS Kekal Stabil Walaupun Pasaran Bon Global Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dijangka kekal dalam julat stabil sekitar paras semasa disokong oleh asas ekonomi domestik yang berdaya tahan meskipun pasaran bon global tidak menentu dan terdapat isyarat dasar monetari yang lebih ketat daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Isu Tarif Akan Dibincangkan Di Mesyuarat Kabinet Esok - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap barangan Malaysia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.