BERITA TERKINI   Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Kunak - Sabah Electricity | ACL2: Kuching City FC 3-0 Phnom Penh Crown FC | Polis buka kertas siasatan hantaran Facebook Tony Pua, ahli Parlimen Kota Melaka - KPN | Catuan bekalan elektrik dilaksana berikutan keupayaan penjanaan bekalan elektrik setempat terhad - Sabah Electricity | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Prestasi Positif Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, didorong oleh aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.69 mata atau 0.55 peratus kepada 1,570.98 daripada paras penutup 1,562.29 pada Rabu.

Ad Banner

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.86 mata kepada 1,563.15, yang merupakan paras terendah intra harinya dan mencecah paras tertinggi intra hari pada 1,584.96 selepas sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, petunjuk penilaian pergerakan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 703 berbanding 412, manakala 408 kaunter tidak berubah, 1,346 tidak diniagakan dan 141 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.35 bilion unit bernilai RM3.29 bilion daripada 2.53 bilion unit bernilai RM2.36 bilion pada Rabu.

Ad Banner
Ad Banner

Public Bank meningkat 11 sen kepada RM4.66, 99, Speed ​​Mart Retail naik 23 sen kepada RM3.35, manakala Maybank mengukuh lapan sen kepada RM10.24. Kaunter-kaunter ini secara kolektif membantu melonjakkan indeks komposit sebanyak 8.89 mata secara keseluruhan.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran utama Asia mencatatkan pemulihan kukuh, terutamanya di Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan, apabila penurunan hasil Perbendaharaan AS telah membantu meningkatkan sentimen pelabur.

Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak 1.19 peratus kepada 22,226.88, Nikkei 225 Jepun naik 0.86 peratus kepada 57,499.16 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan meningkat 0.29 peratus kepada 4,711.21.

“Hasil Perbendaharaan AS tempoh 10 tahun berada pada 4.85 peratus selepas mencecah paras terendah dalam tempoh 11 minggu, apabila jangkaan langkah mengetatkan monetari yang lebih agresif semakin mereda walaupun inflasi terus kekal tinggi,” katanya kepada Bernama.

Bagi pasaran tempatan beliau percaya peningkatan sentimen serantau, pengurangan hasil Perbendaharaan AS dan asas domestik yang berdaya tahan akan membantu mengekalkan minat belian meskipun ketidakpastian luaran masih berlarutan serta turun naik pasaran 

“Kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam jajaran 1,550-1,580 menghala ke hujung minggu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, CIMB dan Tenaga Nasional meningkat lapan sen masing-masing kepada RM7.20 dan RM12.50, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM7.90, Press Metal Aluminium menokok 11 sen kepada RM6.40, manakala Hong Leong Bank menambah dua sen kepada RM21.10.

Dalam kalangan kaunter aktif, Big Caring Group naik tiga sen kepada RM1.18, Dagang NeXchange susut setengah sen kepada 41.5 sen, CBH Engineering turun 10.5 sen kepada 46 sen, manakala MAG Holdings, Zetrix AI dan Yes Group Management yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE hari ini kekal tidak berubah masing-masing pada 16 sen, lima sen dan 18 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Nestle naik RM1.48 kepada RM95.60, Batu Kawan meningkat 98 sen kepada RM19.98, Petronas Dagangan menokok 24 sen kepada RM19.46, Kuala Lumpur Kepong menambah 42 sen kepada RM21.48, dan PPB Group naik 47 sen kepada RM8.89.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, MN Holdings susut 54 sen kepada RM2.17, BLD Plantation turun 46 sen kepada RM13.82, Kelington Group menyusut 43 sen kepada RM6.62, Telekom Malaysia berkurangan 38 sen kepada RM7.25, manakala MI Technovation merosot 36 sen kepada RM4.95.

Di keseluruhan pasaran, Indeks FBM Emas susut 14.24 mata kepada 11,467.68, Indeks FBM Top 100 turun 4.35 mata kepada 11,329.11, Indeks FBM ACE merosot 177.78 mata kepada 4,461.11, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 73.27 mata kepada 11,222.11 dan Indeks FBM Mid 70 menyusut 291.56 mata kepada 15,768.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh sebanyak 193.18 mata kepada 18,743.63, Indeks Perladangan melonjak 68.82 mata kepada 8,772.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.43 mata kepada 158.52, manakala Indeks Tenaga berkurangan 3.52 mata kepada 732.08.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.75 bilion unit bernilai RM2.95 bilion, daripada1.41 bilion unit bernilai RM2.12 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 970.10 juta unit bernilai RM89.39 juta daripada 711.45 juta unit bernilai RM84.40 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 633.18 juta unit bernilai RM247.53 juta daripada 407.49 juta unit bernilai RM152.14 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 390.70 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (292.97 juta), pembinaan (163.54 juta), teknologi (309.53 juta), perkhidmatan kewangan (108.78 juta), hartanah (104.90 juta), perladangan (22.92 juta), amanah pelaburan hartanah (23.61 juta), dana tertutup (97,300), tenaga (108.26 juta), penjagaan kesihatan (86.88 juta), telekomunikasi dan media (33.31 juta), pengangkutan dan logistik (27.14 juta), utiliti (83.34 juta), serta amanah perniagaan (89,800).

-- BERNAMA