BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Galakan cukai ditambah baik dan dilanjut sehingga 31 Dis 2030 untuk dorong lebih banyak syarikat beralih kepada teknologi hijau dan lestari | Kerajaan Persekutuan mulakan rundingan rasmi bagi memuktamad kerangka insentif, pusat pemudah cara pelaburan sehenti serta keperluan infrastruktur strategik untuk membangunkan Zon Ekonomi Khas Sibu, Sarawak – PM Anwar | Belanjawan 2027: UEM Lestra labur RM1 bilion termasuk laksanakan projek penyimpanan tenaga di KLIA dan projek tenaga hibrid berkapasiti 1 gigawatt di Johor | Belanjawan 2027: Dana Iklim KWAP RM1 bilion dimanfaat untuk projek hijau seperti tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan – PM Anwar | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju beri elaun sara hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah RM2,500, manfaatkan 90,000 pelajar | 

Terdapat 534 berita berdasarkan kata kunci carian " berkembang"

Kelewatan Pelaksanaan Pelaburan Diluluskan Cetus Risiko Struktur - MoF

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kelewatan pelaksanaan antara pelaburan yang diluluskan dengan pelaksanaan fizikal projek menimbulkan risiko struktur terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Permintaan Domestik, Pelaburan Pacu Pertumbuhan Malaysia Pada 4.2-5.2 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.2 peratus dan 5.2 peratus pada 2027 berbanding 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang mampan, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang kukuh, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Permintaan Domestik, Pelaburan Pacu Pertumbuhan Malaysia Pada 4.2-5.2 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.2 peratus dan 5.2 peratus pada 2027 berbanding 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang mampan, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang kukuh, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Jualan Sektor Pembuatan Naik 9.9 Peratus Kepada RM185.0 Bilion Pada Ogos 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 9.9 peratus tahun ke tahun kepada RM185 bilion pada Ogos 2026 berbanding pertumbuhan 9.1 peratus yang dicatatkan pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Meningkat 10.5 Peratus Kepada RM173 Bilion Pada Ogos -- DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM173 bilion pada Ogos 2026, meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Meningkat 5.0 Peratus Pada Ogos

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2026 berbanding 4.7 peratus pada Julai, didorong terutamanya oleh output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Belanjawan 2027 Mengimbangi Pertumbuhan, Disiplin Fiskal Serta Daya Tahan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini, setengah jam lebih awal dari waktu kebiasaannya iaitu pada 4 petang.

Cawangan Baharu PISB Perkukuh Ekosistem Perniagaan GM Klang

KLANG, 8 Okt (Bernama) -- GM Klang memperkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar rangkaian peruncitan kelengkapan perkahwinan dan dekorasi rumah, Porcelain Inn Sdn Bhd (PISB) di Lembah Klang.

EBP VII Anjur Forum Ecoworld Connects Kedua, Tumpu Pertumbuhan Perniagaan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Eco Business Park VII (EBP VII) hari ini menganjurkan edisi kedua acara Forum EcoWorld Connects: Business Ascend yang menghimpunkan penceramah berpengalaman bagi membincangkan kaedah untuk perniagaan membuat persediaan bagi fasa pertumbuhan seterusnya.

MyDCD Meterai Perjanjian Penajajaminan Dengan TA Securities Bagi Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan MyDCD Bhd (MyDCD) memeterai perjanjian penajajaminan dengan TA Securities Holdings Bhd (TA Securities) bersempena dengan cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Malaysia Perlu Manfaatkan Ekosistem Perindustrian Tarik Pelaburan Berkualiti Dari AS - Sim

GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu terus memanfaatkan ekosistem perindustrian, tenaga kerja berkemahiran, infrastruktur dan akses pasaran yang dimilikinya bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dari Amerika Syarikat (AS), ketika persaingan daripada negara-negara Asia lain semakin sengit.

PTP Lengkapkan Elektrifikasi 52 Pengangkut Kontena, Pacu Operasi Terminal Lebih Hijau

ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Penggunaan 52 pengangkut kontena elektrik (e-PM) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijangka meningkatkan kecekapan operasi selain mempercepatkan peralihan pelabuhan itu ke arah operasi terminal yang lebih mesra alam, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.