BERITA TERKINI   Belanjawan 2027:  Belanjawan Waad Nasional berpaksikan lapan lunas utama antaranya tangani kos sara hidup rakyat, utamakan semua negeri, angkat mutu perkhidmatan rakyat | Belanjawan 2027: Sara hidup isu utama belenggu rakyat, justeru Kerajaan sentiasa tambah baik dasar pastikan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan | Belanjawan 2027: Belanjawan MADANI Kelima menandai ikhtiar menuju cita-cita besar wajah Malaysia pada tahun mendatang dengan reformasi diteruskan tanpa gentar  | Keutamaan kerajaan kekal untuk memacu pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, meningkatkan produktiviti serta memperkukuh keterangkuman, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia – MoF | Belanjawan 2027: Sekiranya kerajaan masih tangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung  | 

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Meningkat 10.5 Peratus Kepada RM173 Bilion Pada Ogos -- DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM173 bilion pada Ogos 2026, meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan hari ini, DOSM berkata indeks volum meningkat 3.6 peratus tahun ke tahun, dengan pertumbuhan dicatatkan dalam ketiga-tiga subsektor.

“Perdagangan borong mencatatkan jualan RM81.2 bilion, meningkat RM11.5 bilion atau 16.5 peratus tahun ke tahun.

Ad Banner

“Perdagangan runcit meningkat RM4.4 bilion atau 6.5 peratus kepada RM71.7 bilion, manakala subsektor kenderaan bermotor berkembang RM0.5 bilion atau 2.5 peratus kepada RM20.1 bilion,” menurut kenyataan itu.

DOSM berkata ketiga-tiga subsektor itu secara keseluruhan menyumbang RM16.4 bilion kepada peningkatan jualan, dengan perdagangan borong menjadi penyumbang terbesar, diikuti perdagangan runcit dan kenderaan bermotor.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner