2jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, selain petunjuk positif daripada Wall Street.
2jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dagangan di pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau apabila kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan di negara pengeluar utama ketika musim hujan sekarang telah memberi sokongan kepada harga, kata seorang peniaga.
3jam ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Lonjakan pelaburan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia telah mengukuhkan asas digital negara, dengan peluang seterusnya terletak pada usaha menyatukan firma industri serta pemaju tempatan untuk mengubah kepakaran Malaysia menjadi produk AI yang bermanfaat dan mampu bersaing di peringkat global.
2hari ago
GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mempergiat usaha mempelbagaikan sektor ekonominya bagi mengurangkan risiko kebergantungan tinggi terhadap industri elektrik dan elektronik (E&E), khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global dan perubahan kitaran industri teknologi.
7hari ago
LINYI (Shandong), 29 Okt (Bernama) -- Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berhasrat mewujudkan hab halal Linyi-Malaysia bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dan membuka laluan yang lebih luas untuk usahawan bumiputera menembusi pasaran China.
10hari ago
KUANTAN, 26 Okt (Bernama) -- Hari Eksport Pahang 2026 edisi kedua yang berlangsung hari ini berjaya menghimpunkan hampir 70 usahawan dan syarikat, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari pelbagai sektor industri di negeri ini.
11hari ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Pengeluar makanan laut diproses terkemuka Jepun, Sugiyo menyasarkan untuk meningkatkan penguasaannya dalam pasaran halal global dengan memperluas kehadirannya di Malaysia.
11hari ago
Daripada Norhayati Mohd Akhir
LINYI (Shandong), 25 Okt (Bernama) -- Pusat Perdagangan Antarabangsa Linyi menyasarkan lebih banyak penyertaan syarikat dari Malaysia bagi memperluas hubungan perdagangan dua hala menerusi penyediaan ekosistem perkhidmatan pusat sehenti, kata Pengurus Operasinya Wang Jisheng.
11hari ago
Oleh M.Saraswathi and Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Industri kewangan Islam Malaysia telah berkembang dan tidak lagi terhad kepada perbankan tradisional dengan memainkan peranan yang lebih luas dalam kehidupan masyarakat dan ekonomi daripada membantu usahawan mikro membina perniagaan mampan kepada membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran global.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan dalam proses memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) bagi menyelaras pembangunan sektor Malaysia agar sejajar dengan dasar negara serta Rancangan Malaysia Ke-13, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.