BERITA TERKINI   Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Keputusan BNM Kekalkan OPR

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, selain petunjuk positif daripada Wall Street.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 19.30 mata, atau 1.19 peratus, kepada 1,635.86 berbanding paras penutup 1,616.56 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 6.72 mata kepada 1,623.28, dan bergerak turun naik antara paras tertinggi intra harinya pada 1,642.44 serta paras terendah intra harinya pada 1,622.62 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter sebanyak 723 berbanding 497, manakala 466 kaunter tidak berubah, 1,075 kaunter tidak diniagakan, dan 10 kaunter digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.74 bilion unit bernilai RM3.61 bilion daripada 2.81 bilion unit bernilai RM2.57 bilion pada Rabu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi positif FBM KLCI itu didorong oleh minat belian terhadap saham perbankan wajaran tinggi, disokong oleh sentimen pasaran global yang bertambah baik, walaupun pasaran ekuiti serantau mencatatkan prestasi bercampur-campur.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, penurunan harga minyak mentah Brent di tengah-tengah harapan ketegangan di Asia Barat akan mengendur, kebimbangan inflasi global mereda selain hasil Perbendaharaan AS tempoh 10 tahun dan mata wang dolar AS yang lebih lemah memberikan sokongan tambahan kepada sentimen pasaran serantau.

Di rantau Asia, indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 3.67 peratus kepada 24,796.98, indeks Kospi Korea Selatan susut 5.28 peratus kepada 5,383.80, indeks Nikkei 225 Jepun turun 1.79 peratus kepada 61,077.90, manakala indeks Straits Times Singapura naik 0.52 peratus kepada 5,296.25.

“Di pasaran tempatan, pemulihan kukuh saham perbankan wajaran tinggi membayangkan minat belian institusi yang muncul kembali walaupun penyertaan pasaran masih belum begitu meluas. 

“Kami percaya keadaan luaran yang bertambah baik, ditambah pula dengan penilaian menarik susulan penurunan pasaran baru-baru ini, seharusnya dapat menggalakkan pembelian seterusnya saham mewah ,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Thong berkata dagangan saham teknologi serantau yang tidak menentu serta ketidakpastian berhubung perkembangan dasar Amerika Syarikat boleh mengehadkan kenaikan tersebut.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 26 sen kepada RM10.16, CIMB meningkat 24 sen kepada RM7.15, dan Public Bank menokok 19 sen kepada RM4.96, Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM13.10, manakala IHH Healthcare berkurangan enam sen kepada RM7.72.

Dalam kalangan saham aktif, Zetrix Ai kekal tidak berubah pada enam sen, manakala AirAsia melonjak lapan sen kepada 53.5 sen, Capital A naik 2.5 sen kepada 25.5 sen, Jaks Resources susut setengah sen kepada 12.5 sen dan GIIB turun 9.5 sen kepada 32 sen.

Nestle mendahului senarai kaunter paling untung melonjak RM2.50 kepada RM96.00, Hong Leong Bank naik 96 sen kepada RM22.20, Fraser & Neave menambah 26 sen kepada RM21.22, Hong Leong Financial meningkat 38 sen kepada RM17.84 manakala Allianz menokok 40 sen kepada RM19.92.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, MPI susut RM1.74 kepada RM38.88, Vitrox turun 30 sen kepada RM10.60, UWC berkurangan 61 sen kepada RM6.59, Mega Fortris merosot 71 sen kepada RM1.83, manakala Petronas Chemicals turun 39 sen kepada RM4.31. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 56.85 mata kepada 12,134.84, manakala Indeks FBM Top 100 meningkat 77.25 mata kepada 11,962.33.

Indeks FBM Mid 70 menyusut 156.52 mata kepada 17,354.73, Indeks FBM Emas Shariah merosot 97.33 mata kepada 12,007.10 manakala Indeks FBM ACE turun 98.13 mata kepada 5,322.65.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.96 mata kepada 175.25, Indeks Tenaga berkurangan 21.45 mata kepada 806.47, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 542.60 mata kepada 19,128.92 manakala Indeks Perladangan meningkat 22.35 mata kepada 8,784.23.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.89 bilion unit bernilai RM3.29 bilion, daripada 1.49 bilion unit bernilai RM2.30 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.45 bilion unit bernilai RM157.16 juta daripada 899.12 juta unit bernilai RM104.16 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 359.64 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (335.80 juta), pembinaan (185.71 juta), teknologi (307.03 juta), perkhidmatan kewangan (148.56 juta), hartanah (101.38 juta), perladangan (33.43 juta), amanah pelaburan hartanah (17.03 juta), dana tertutup (370,500), tenaga (166.45 juta), penjagaan kesihatan (111.80 juta), telekomunikasi dan media (51.89 juta), pengangkutan dan logistik (43.59 juta), utiliti (32.55 juta), serta amanah perniagaan (26,800).

-- BERNAMA