6jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh permintaan aset selamat walaupun menyaksikan prestasi lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).
6jam ago
JOHOR BAHRU, 10 Nov (Bernama) -- Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd (JDV) menyasarkan untuk membangunkan perniagaan tenusu bersepadu di Johor, merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada ladang hingga ke pengguna, melalui satu perkongsian strategik dirancang bersama Dutch Lady Milk Industries Bhd (Dutch Lady Malaysia).
8jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik berikutan harapan konflik antara AS dan Iran akan reda.
8jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa dengan indeks utama hanya berada di atas sedikit daripada paras 1,600, apabila jualan dalam saham wajaran tinggi berkaitan sektor perbankan dan pusat data telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kos tinggi pinjaman serta kelulusan yang lebih ketat dijangka memberi tekanan kepada pasaran hartanah kediaman di Malaysia pada 2027, memandangkan bank akan lebih berpilih dalam membiayai pembelian hartanah, demikian menurut JLL Malaysia.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan pada tengah hari Selasa walaupun terdapat sentimen positif dalam kalangan pasaran serantau.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Projek mega dan bangunan perlu mengambil kira kesejahteraan awam serta keperluan masyarakat kerana kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan kekecewaan dan rasa tidak puas hati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
17jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas cuti akhir minggu yang panjang sempena Deepavali walaupun terdapat sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.
18jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Scicom (MSC) Bhd sedang memacu pengembangan teknologi kerajaan (GovTech) pada peringkat antarabangsa, memanfaatkan model pembiayaan awam-swasta yang bertujuan membantu kerajaan sesebuah negara memodenkan keselamatan sempadan tanpa memerlukan perbelanjaan modal awal yang besar.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Walaupun inflasi Malaysia berada pada tahap sederhana, trend penurunannya tidak semestinya membawa kepada kos sara hidup yang lebih rendah kepada isi rumah, menunjukkan perbezaan antara perubahan harga barangan pengguna dengan kemampuan sebenar isi rumah untuk mendapatkan barangan keperluan harian.