Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.40 pagi, kontrak November 2026 dan Mac 2027 masing-masing susut 8.0 mata kepada 1,606.5 dan 1,591.0, Disember 2026 menurun 8.5 mata kepada 1,608.0 manakala Mac 2027 berada pada 1,599.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,758 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,009 kontrak.
Selepas satu jam dagangan, FBM KLCI susut 18.10 mata kepada 1,598.48 berbanding 1,616.58 semasa ditutup Jumaat lepas.
-- BERNAMA