Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan pada tengah hari Selasa walaupun terdapat sentimen positif dalam kalangan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 16.16 mata kepada 1,600.42 daripada 1,616.58 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran itu memulakan dagangan dengan kenaikan 9.97 mata kepada 1,626.55 dan bergerak antara 1,595.26 hingga 1,626.55 sepanjang sesi dagangan.

Ad Banner
Ad Banner

Keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 679 berbanding 351 manakala 403 kaunter tidak berubah, 1,340 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.73 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini memaklumkan keadaan pelaburan domestik yang lebih ketat boleh mendorong operator pusat data berskala besar mempercepat peluasan operasi ke luar negara.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya langkah itu sekali gus berpotensi memberi manfaat kepada ekosistem pusat data Malaysia walaupun terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya kelembapan dalam perbelanjaan infrastruktur kecerdasan buatan di Amerika Syarikat susulan pilihan raya pertengahan penggal.

Firma pembrokeran itu berpendapat perkembangan itu boleh menyokong sentimen terhadap Sunway Construction Group Bhd, MN Holdings Bhd dan Ranhill Utilities Bhd.

Sementara itu, menurutnya kebimbangan yang meningkat mengenai keselamatan siber susulan insiden pencerobohan digital dan serangan yang disyaki menyasarkan infrastruktur kewangan dan kerajaan boleh mendorong peningkatan permintaan terhadap penyelesaian keselamatan siber.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM10.06, Public Bank merosot 18 sen kepada RM4.72, CIMB dan IHH Healthcare masing-masing menurun empat sen kepada RM7.02 dan RM7.66 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.04.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI susut setengah sen kepada enam sen, GIIB Holdings merosot 11 sen kepada 16 sen, YTL Power International menurun 35 sen kepada RM4.66 manakala Aizo Group meningkat satu sen kepada 7.5 sen dan VS Industry menokok setengah sen kepada 30 sen

Antara saham paling untung ialah Malaysian Pacific Industries yang menokok RM1.30 kepada RM37.50, Nestle melonjak RM1.52 kepada RM94.88, Pentamaster Corp meningkat 15 sen kepada RM5.03, Sunway Construction Group naik 28 sen kepada RM7.40 dan Westports Holdings meningkat 25 sen kepada RM7.40.

Saham paling rugi ialah YTL Power yang menurun 35 sen kepada RM4.66, Vitrox Corp rendah 23 sen kepada RM9.89, Hengyuan Refining berkurangan 28 sen kepada RM2.64, Kobay Technology susut  21 sen kepada RM2.03 dan Hong Leong Bank rendah 18 sen kepada RM21.82.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 99.89 mata kepada 11,865.58, Indeks FBM Top 100 susut 102.90 mata kepada 11,695.55, Indeks FBM Mid 70 berkurangan 85.11 mata kepada 16,935.77 manakala Indeks FBM Emas Syariah menyusut 99.89 mata kepada 11,865.58 dan Indeks FBM ACE menurun 24.63 mata kepada 5,215.61.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.71 mata kepada 170.64, Indeks Tenaga menurun 19.13 mata kepada 775.73, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 224.18 mata kepada 18,732.88 dan Indeks Perladangan berkurangan 69.13 mata kepada 8,657.2.

-- BERNAMA