Terdapat 426 berita berdasarkan kata kunci carian " saham"

EGH International Lancar Prospektus IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Firma perkhidmatan kelengkapan dalaman, EGH International Bhd (EGHI) melancarkan prospektusnya bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO) dan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Oktober 2026. 

IPO SLGC Terlebih Langganan 3.1 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SLGC Bhd mencatat terlebih langganan sebanyak 3.1 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.

Kenaikan Harga Minyak, Hasil Bon Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

MNRB Holdings Isytihar Dividen Akhir 15 Sen Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 15.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2026.

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenyataan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi.

Bursa Malaysia Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Terhadap Saham Petrokimia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.

Belanjawan 2027: Pembinaan, AI, Infrastruktur Antara Sektor Dijangka Raih Manfaat - Moomoo

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt dijangka memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, berdasarkan konsensus pasaran semasa yang mengunjurkan peruntukan perbelanjaan pembangunan antara RM85 bilion hingga RM90 bilion, menurut Moomoo.

EcoSys Sasar Hasil IPO Sebanyak RM39.34 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) --Penyedia penyelesaian perindustrian EcoSys (Malaysia) Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM39.34 juta daripada tawaran awal permulaan (IPO) menyelang penyenaraiannya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 14 Okt 2026.

CTOS Digital Kesan Akses Tanpa Kebenaran Kepada Data Pengguna

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CTOS Digital Bhd telah mengesan akses tanpa kebenaran kepada persekitaran tertentu yang menyokong perniagaan penggunanya.

Bursa Malaysia Mengukuh Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali meningkat untuk menamatkan sesi pagi dengan sedikit tinggi, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih, diterajui saham telekomunikasi dan utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.