MNRB Holdings Isytihar Dividen Akhir 15 Sen Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 15.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat insurans itu memaklumkan pelan pelaburan semula dividen (DRP) akan terpakai bagi 5.0 sen sesaham MNRB yang mewakili 33.3 peratus daripada jumlah dividen akhir berkenaan.

MNRB menyatakan DRP diluluskan oleh pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa bertarikh 25 Sept, 2019 manakala kuasa kepada lembaga pengarah untuk memperuntukkan dan menerbitkan saham baharu MNRB di bawah DRP tersebut diluluskan pada mesyuarat agung tahunan pada 26 Sept, 2025.

Ad Banner

“Harga terbitan saham DRP, tarikh tutup buku serta tarikh pembayaran berhubung dividen akhir 2026 akan diumumkan kelak,” katanya.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner