Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian " sukuk"

Baki Beban Kewangan Bersih Ditanggung Kerajaan Berkaitan 1MDB Dianggar RM20.1 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion setelah ditolak pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, dengan andaian tiada pemulihan dana dan aset tambahan pada masa hadapan.

Kerajaan Sedia RM1 Bilion Kepada UJSB Untuk Penebusan Awal Sukuk Pada 2027

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) untuk tujuan penebusan awal sukuk pada 2027, sekali gus memperkukuh aliran tunai Lembaga Tabung Haji (LTH).

Zetrix AI Sahkan Tidak Ingkar Bayaran Di Tengah-tengah Potensi Pelanggaran Kovenan Sukuk

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.

Malaysia Kekal Peneraju Pembangunan Kewangan Islam Global 14 Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia dalam laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026 bagi tahun ke-14 berturut-turut, di tengah-tengah pertumbuhan sembilan peratus pasaran kewangan Islam global kepada US$6.5 trilion (US$1 = RM4.07).

Malaysia Kekal Peneraju Kewangan Islam Dunia, Atasi 139 Negara

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukan selaku peneraju kewangan Islam global apabila kekal di tangga teratas dunia dalam pembangunan sektor itu, menurut laporan Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026.

BNM Lancar Sistem Depositori Sekuriti Tanpa Skrip Bagi Pacu Terbitan Bon, Sukuk Token

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan Sistem Depositori Sekuriti Tanpa Skrip+ (SSDS+), iaitu platform generasi baharu untuk terbitan, depositori dan penyimpanan bon dan sukuk token.

Malaysia Sasar Terajui Peralihan Ke Arah Kewangan Islam Lebih Meluas, Tingkatkan Pelaburan - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menerajui peralihan ke arah penggunaan kewangan Islam yang lebih meluas untuk memacu pelaburan rentas sempadan, disokong oleh hubungan yang kukuh dengan pasaran sedang pesat membangun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ekonomi Malaysia Kembali Rancak Disokong Dasar Jelas, Pembaharuan Kerajaan - Amir Hamzah

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, Oct 19 (Bernama) -- Mesej Malaysia pada Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia di sini adalah jelas: ekonomi negara kini kembali rancak, disokong kestabilan politik, dasar jelas, serta pembaharuan berterusan yang mengukuhkan keyakinan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Zetrix AI Diberi Masa Hingga 22 Okt Untuk Perbetul Potensi Pelanggaran Syarat Sukuk Wakalah

KUALA LUMPUR, 16 Oct 16 (Bernama) -- Zetrix AI Bhd telah diberi tempoh sehingga 22 Oktober 2026 untuk membetulkan pelanggaran perjanjian di bawah Sukuk Wakalahnya dan kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada kemungkiran pembayaran.

Zetrix AI Berpotensi Langgar Syarat Sukuk Susulan Wong Hilang Status Pemegang Saham Terbesar

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd berpotensi melanggar syarat perjanjian di bawah Program Sukuk Wakalah susulan pengurangan ketara pegangan saham Wong Thean Soon semalam, sekali gus menyebabkan beliau bukan lagi pemegang saham terbesar syarikat itu.

ARIM Gantung Sementara Urus Niaga Tiga Dana

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) menggantung sementara tiga unit dana di bawah pengurusannya, iaitu AmanahRaya Syariah Trust Fund (ARSTF), AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF) dan AmanahRaya Unit Trust Fund (ARUTF), berkuat kuasa semalam. 

Cadangan Potongan Cukai Pendapatan Bagi Kos Penerbitan Sukuk Prisma

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pemberian potongan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan penerbitan Sukuk Prisma yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau diserah simpan dengan SC bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.