BERITA TERKINI   Malaysia dan Perancis setuju tingkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik - Macron | Malaysia dan Perancis akan melancarkan pusat bersama bagi menangani ancaman hibrid - Macron | Malaysia dan Perancis jalin kerjasama dalam bidang pemprosesan mineral kritikal, pemindahan teknologi - Anwar | Anwar puji Macron kerana ambil kira kebimbangan Malaysia serta mengiktiraf negara ini sebagai rakan kongsi setara | Malaysia, Perancis akan rangka pelan hala tuju kerjasama industri pertahanan – Macron | 

Aeon Credit Terbit Sukuk Senior Bernilai RM460 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menerbitkan siri ke-14 sukuk senior di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM10 bilion, dengan nilai nominal keseluruhan RM460 juta menerusi dua tranche.

Penyedia pembiayaan pengguna itu berkata tranche pertama bernilai nominal RM325 juta mempunyai tempoh matang tiga tahun dari tarikh penerbitan.

Tranche kedua bernilai RM135 juta pula mempunyai tempoh matang lima tahun, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

AEON Credit berkata hasil daripada penerbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai penyaluran pembiayaan kepada pelanggan dalam kegiatan perniagaan pembiayaan penggunanya yang dijalankan mengikut prinsip Syariah.

Sebahagian daripada hasil itu juga akan digunakan untuk membiayai semula pinjaman atau kemudahan pembiayaan sedia ada serta mana-mana sukuk yang diterbitkan oleh syarikat itu.

“Semua penggunaan hasil daripada Program Sukuk Wakalah ini hendaklah mematuhi prinsip Syariah,” kata syarikat itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA