BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Zetrix AI Akui Tidak Mampu Lunas Tunggakan RM2 Bilion Di Bawah Program Sukuk Wakalah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) mengesahkan bahawa syarikat itu kini tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar balik keseluruhan tunggakan berjumlah RM2 bilion di bawah program sukuk wakalahnya.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Zetrix AI menjelaskan bahawa ia sebagai maklum balas kepada persoalan mengenai sama ada syarikat itu mempunyai keupayaan kewangan untuk membayar balik jumlah prinsipal dan asas bagi penilaian lembaga pengarah. 

“Mesyuarat seterusnya dengan pemegang sukuk masih belum ditetapkan kerana masih menunggu perkembangan terkini melibatkan satu lagi pelanggaran, iaitu pembayaran balik sebanyak RM25 juta yang masih belum dibuat. 

Ad Banner
Ad Banner

“Zetrix AI berhasrat untuk melunaskan jumlah itu sebelum mesyuarat dengan pemegang sukuk diadakan,” menurut syarikat itu. 

Pada 16 Oktober 2026, Zetrix AI mengumumkan bahawa ia berdepan dengan potensi pelanggaran syarat perjanjian di bawah program sukuk wakalah selepas Pengarah Urusannya, Wong Thean Soon, yang  bukan lagi merupakan pemegang saham terbesar tunggal syarikat itu, akibat penjualan paksa saham oleh pihak bank. 

– BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner