BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

EcoWorld Terbit Sukuk Wakalah RM850 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd (EcoWorld), Eco World Capital Bhd, menerbitkan sukuk wakalah berpenarafan bernilai RM850 juta di bawah program sukuk bernilai RM3 bilion.

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, EcoWorld memaklumkan bahawa terbitan itu merupakan yang kelima di bawah program berkenaan yang berlandaskan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

“Terbitan itu merangkumi tiga bahagian, iaitu RM150 juta bagi tempoh lima tahun, RM550 juta bagi tempoh tujuh tahun dan RM150 juta bagi tempoh 10 tahun,” menurut pemakluman itu.

Ad Banner
Ad Banner

EcoWorld turut memaklumkan bahawa hasil terbitan sukuk berkenaan akan digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, membiayai perbelanjaan modal termasuk pengambilalihan tanah, pelaburan patuh Syariah serta tujuan korporat am.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner