BERITA TERKINI   Malaysia dan Perancis setuju tingkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik - Macron | Malaysia dan Perancis akan melancarkan pusat bersama bagi menangani ancaman hibrid - Macron | Malaysia dan Perancis jalin kerjasama dalam bidang pemprosesan mineral kritikal, pemindahan teknologi - Anwar | Anwar puji Macron kerana ambil kira kebimbangan Malaysia serta mengiktiraf negara ini sebagai rakan kongsi setara | Malaysia, Perancis akan rangka pelan hala tuju kerjasama industri pertahanan – Macron | 

Kerajaan Lulus Program Sukuk Kelima MRL Bernilai RM19.05 Bilion Untuk Pembiayaan ECRL

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan Program Sukuk Kelima MRL bernilai RM19.05 bilion bagi menyokong pembiayaan pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata sukuk di bawah program ini akan diterbitkan sebagai Sukuk Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan.

“Langkah ini meneruskan usaha melalui Program Sukuk SDG Ketiga dan Keempat MRL, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap pembiayaan infrastruktur yang mampan,” katanya pada Majlis Inisiatif Sukuk Bertoken di bawah Program Sukuk Kelima MRL dengan kerjasama CIMB Group Holdings Bhd di Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Amir Hamzah berkata projek ECRL adalah projek bernilai RM52.43 bilion oleh kerajaan Malaysia yang melibatkan pinjaman berjangka sebanyak RM37.40 bilion daripada The Export-Import Bank of China (CEXIM) pada kadar faedah 3.25 peratus dan selebihnya melalui penerbitan sukuk di bawah institusi perbankan tempatan.

Katanya pembinaan projek ECRL telah mencapai tahap kemajuan sebanyak 98.5 peratus bagi jajaran dari Kota Bharu hingga Gombak setakat Oktober 2026.

“Ia kini memasuki fasa akhir persediaan sebelum perkhidmatan komersial disasarkan bermula pada 12 Dis 2026,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA