BERITA TERKINI   Malaysia perlu memastikan pertumbuhan ekonomi digitalnya disokong oleh bekalan tenaga yang dipercayai, mampu milik dan bersih - Gabenor | BNM komited untuk memudah cara perancangan projek tenaga hijau selain mengkaji pelarasan kawal selia dan penyeliaan - Gabenor | Kementerian Perpaduan Negara cadang Oktober dijadikan bulan membaca setiap tahun | Sektor rel negara dijangka memerlukan 25,000 tenaga kerja sehingga 2030 - Timb Menteri Sumber Manusia | Kompleks Mahkamah Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada 1 Jan 2027 - Azalina | 

Terdapat 2534 berita berdasarkan kata kunci carian " t"

Keuntungan Suku Kedua Vstecs Meningkat 50 Peratus Kepada RM30.31 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Fiskal Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, berikutan kebimbangan fiskal global, peningkatan beban hutang kerajaan serta persoalan berterusan mengenai kemampanan kedudukan kewangan dalam jangka panjang.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Kebanyakan Serantau

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama)  -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan mencatat prestasi mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Julai, lewat malam ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Intra Hari, Dipacu saham Utiliti, Petrokimia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.

Harga Minyak, Data AS Positif Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.

MIDA, Invest Hong Kong Perbaharu Kerjasama, Galak Pelaburan Dua Hala Malaysia-Hong Kong

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Hong Kong (InvestHK) hari ini memperbaharui memorandum persefahaman (MoU), dengan menetapkan hala tuju bersama bagi meneroka peluang pelaburan baharu di seluruh ASEAN, Greater Bay Area dan tanah besar China.

Pemain TBB Perlukan Penilaian Risiko Lebih Fleksibel Untuk Tingkat Daya Maju Kewangan Projek – SEDA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Menjamin daya maju kewangan projek dan menyesuaikan dengan pendekatan penilaian risiko konvensional merupakan antara cabaran yang dihadapi sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia.

Penerbangan Terus Haikou-Penang Bermula 11 Oktober

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan penerbangan terus Haikou-Penang akan dilancarkan pada 11 Okt ini, menjadikan Haikou sebagai bandar raya kesembilan di China yang mempunyai hubungan udara terus berjadual dengan Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.

Unit Kerjaya Prospek Raih Kontrak Pembinaan Bernilai RM223.0 Juta Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM223.0 juta daripada Sunway Majestic Sdn Bhd untuk membina dan menyiapkan bangunan utama bagi projek pembangunan di Johor Bahru.

Pioneer Heat Sasar Kumpul RM21.68 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) – Pioneer Heat Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM21.68 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Sept 2026.

Hasil Sektor Perkhidmatan Naik 11.2 Peratus Kepada RM714.7 Bilion Pada Suku Kedua 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan berkembang 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, dengan hasil mencecah RM714.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).