Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
Kontrak Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing naik 11 mata kepada 1,744.0 serta 1,722.0.
Disember 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,721.5 dan Mac 2027 menambah lapan mata kepada 1,706.0.
Jumlah dagangan menokok kepada 7,336 lot berbanding 6,661 lot yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 46,046 kontrak daripada 46,453 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 10.15 mata kepada 1,741.61 daripada 1,731.46.
-- BERNAMA